Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Dakwa Su-27 Russia “Melanggar” Dron Miliknya Sehingga Terhempas

Pihak pihak Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan telah menafikan bahawa pesawat pejuangnya "bersentuhan" dengan dron Amerika Syarikat dan mendakwa bahawa dron itu terhempas ke Laut Hitam akibat "maneuver tajam" yang dilakukannya ketika penerbangan itu.

2,217

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam insiden yang bakal memarakkan perseteruan antara Moscow dan Washiington, sebuah pesawat pejuang Su-27 Russia bertindak memintas dan dengan sengaja telah “melanggar” kipas dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat sehingga menyebabkan dron terhempas di Laut Hitam.

Pihak tentera Amerika Syarikat mengecam tindakan pesawat pejuang Russia itu dan mendakwa ia melakukan penerbangan secara “tidak selamat” sehingga menyebabkan dron itu terhempas.

Ketika terhempas dron itu dipercayai sedang melakukan misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).

Sementara itu pihak pihak Kementerian Pertahanan Russia menafikan pesawat pejuangnya “bersentuhan” dengan dron Amerika Syarikat dan mendakwa bahawa ia terhempas ke Laut Hitam akibat “maneuver tajam” yang dilakukannya ketika penerbangan itu.

Ia juga berkata kedua-dua pesawat pejuang itu tidak menggunakan sebarang senjata yang dibawanya dan tidak “bersentuhan” dengan dron Amerika Syarikat itu.

Reaper

Kedua-dua pesawat pejuang Russia itu selamat kembali pangkalan udara mereka, didakwa di Crimea,milik Ukraine tetapi kini dijajah oleh Russia.

Ini mungkin insiden pertama melibatkan pertembungan secara langsung (direct confrontation) di antara tentera Russia dan Amerika Syarikat pada konflik Ukraine, sesuatu yang membimbangkan jikalau ia menyebabkan konflik itu merebak (escalation) kepada peperangan di antara Amerika serta sekutunya dengan Russia dan sekutunya. 

Insiden membabitkan dron Reaper milik Amerika Syarikat itu berlaku pada 7:03 pagi (0603 GMT).

Menurut tentera Amerika Syarikat, pesawat pejuang Amerika Syarikat itu telah melepaskan minyak pesawat terhadap dron itu, berkemungkinan untuk “membutakannya.”

NATO
Su-27 Flanker

 

“Dron MQ-9 kami sedang melakukan operasi rutin di ruang angkasa antarabangsa apabila ia dipintas dan berlanggar dengan pesawat pejuang Russia, menyebabkan ia terhempas dan kami kehilangan dron terbabit,” menurut Jeneral James Hecker daripada Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Tindakan berbahaya dan tidak professional oleh Russia hampir menyebabkan kedua-dua pesawat terhempas.

Dron MQ-9 yang dibangunkan oleh syarikat General Atomics, memiliki panjang sayap sepanjang 20 meter manakala keseluruhan pesawat itu panjangnya adalah 36 meter.

Dron itu memiliki berat 2.2 tan apabila tidak membawa apa-apa muatan.  — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.