Amerika “Bengang” Dengan Arab Saudi, Kaji Gantung Jual Senjata
Pentadbiran Presiden Jo Biden ternyata amat “marah” dengan tindakan pemotongan bekalan minyak oleh Arab Saudi dan sekutunya itu yang akan meningkatkan harga minyak dunia, dengan pengkritik di Washington mendakwa tindakan Riyadh itu hanya membantu Russia dan pencerobohannya di Ukraine.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hubungan di antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang amat rapat sebelum ini kini renggang disebabkan tindakan Riyadh dan sekutunya di dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak Plus (OPEC+) memotong bekalan minyak dunia sebanyak dua juta tong sehari.
Pentadbiran Presiden Jo Biden ternyata amat “marah” dengan tindakan pemotongan bekalan minyak oleh Arab Saudi dan sekutunya itu yang akan meningkatkan harga minyak dunia, dengan pengkritik di Washington mendakwa tindakan Riyadh itu hanya membantu Russia dan pencerobohannya di Ukraine.
Tindakan OPEC+ memotong bekalan minyak itu sudah pasti akan meningkatkan harga bahan api itu di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat yang bakal berhadapan dengan pilihanraya pertengahan tempoh (mid-term election) pada November ini.
Keputusan OPEC+ itu akan memberi tekanan kepada Biden dan parti politiknya, Demokrat kerana sudah pasti kenaikan harga minyak itu akan menimbulkan kemarahan kepada pengundi Amerika yang akan menyalahkan Presiden Biden dan parti Demokratnya.
Kenaikan harga minyak itu bakal menyebabkan parti Demokrat kehilangan kerusi-kerusi penting pada pilihanraya pertengahan tempoh itu Amerika Syarikat itu.
OPEC+ terdiri daripada 13 negara anggota OPEC dan 11 negara sekutu diketuai oleh Russia dan beberapa negara lain termasuk Malaysia.
Malaysia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya sebanyak 27,000 tong sehari kepada 567,000 tong sehari.
Adakah Malaysia juga bakal dikenakan tindakan oleh Amerika Syarikat,sama seperti Arab Saudi kerana mengikut keputusan dibuat oleh OPEC+ dalam mengurangkan bekalan minyak dunia sebanyak dua juta tong sehari?
Selain itu, kenaikan harga minyak dunia juga akan memberi “nafas” kepada Russia dalam mendapatkan dana tambahan untuk menyokong peperangannya di Ukraine, yang tiada tanda akan tamat dalam jangka masa terdekat ini.
Dana tambahan daripada kenaikan harga minyak sudah pasti akan membantu tentera Russia “memanjangkan lagi peperangannya” di Ukraine.
Arab Saudi sudah pun menjelaskan bahawa tindakan pemotongan bekalan minyak pada 5 Oktober lepas bertujuan untuk menstabilkan harga minyak dunia dan bukan untuk menaikkan harga bahan api itu.
Bagaimanapun alasan oleh Arab Saudi itu tidak diterima oleh pentadbiran Presiden Amerika dan penyokong-penyokong yang kini mahu mengambil tindakan punitif terhadap sekutunya di Timur Tengah itu.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Ned Price berkata bahawa Washington sedang mengkaji hubungannya dengan Arab Saudi dan akan berbincang dengan ahli politik negara itu serta sekutunya yang lain.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Antara tindakan yang dicadang diambil terhadap Arab Saudi adalah membekukan sebarang penjualan senjata atau alat ganti kepada negara Timur Tengah itu selama setahun.
Tindakan keras itu sekiranya dikenakan terhadap Riyadh sudah pasti akan melumpuhkan angkatan tentera Arab Saudi yang merupakan antara negara pengguna terbesar sistem persenjataan buatan Amerika Syarikat.
Tetapi adakah tindakan Biden itu akan disokong oleh industri pertahanan Amerika Syarikat yang juga bergantung kepada Arab Saudi dan wang minyaknya?
Selain itu, sebarang pembekuan penjualan senjata Amerika Syarikat kepada Arab Saudi juga akan menguntungkan Iran yang sudah pasti akan menggunakan “peluang” itu untuk mengukuhkan lagi pengaruhnya di Timur Tengah.
Adakah tindakan “melemahkan” Arab Saudi menerusi pembekuan penjualan senjata itu bakal menguntungkan Amerika Syarikat atau Iran? — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments are closed.