Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua F-35A Australia “Tapau” Enam F-15SG S’pura Dalam Pitch Black 2022

Dalam satu sesi “pertempuran” udara yang berlaku pada Latihan Pitch Black 2022 Sept lepas, Tentera Udara Diraja Australia telah mengerahkan dua buah pesawat F-35A menentang enam buah pesawat F-15SG “Strike Eagle” Singapura dimana keenam-enam pesawat Singapura itu berjaya "dibunuh" dengan mudah.

0 4,339

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Sept lepas, Defence Security Asia telah menulis artikel berkenaan latihan udara di antara pesawat-pesawat F-15SG “Strike Eagles” milik Tentera Udara Singapura dengan pesawat F-35 pada Latihan Pitch Black 2022 yang berlangsung di Australia.

Artikel pada Sept lepas itu tidak mempunyai banyak maklumat kecuali diketahui bahawa pesawat-pesawat F-15SG Singapura telah “kena tapau” dengan pesawat generasi kelima buatan syarikat Lockheed Martin itu.

Sebenarnya, “pertempuran udara” yang berlaku pada Latihan Pitch Black 2022 di Darwin itu melibatkan dua buah pesawat F-35A milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dengan enam buah pesawat pejuang F-15SG Singapura.

F-35A
Pesawat pejuang F-35 Tentera Udara Australia

 

Ini adalah kali pertama pesawat F-35A RAAF terlibat dalam latihan udara pelbagai negara itu.

Walaupun keputusan mengenai latihan pertempuran udara di antara pesawat-pesawat pelbagai negara tidak pernah didedahkan, tetapi juruterbang Tentera Udara Singapura Mejar Arumugam Sivaraj telah memaklumkan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku apabila pesawat generasi ke-4 bertembung dengan pesawat generasi ke-5.

Walaupun mengakui bahawa beliau telah menimba pengalaman berguna dalam latihan udara terbabit, tetapi,  mengakui bahawa pesawat generasi ke-5 itu telah dengan mudah mengesan dan “membunuh” pesawat F-15SG diterbangkannya.

Menurutnya, bukan sahaja pesawat F-35A milik RAAF itu dengan mudah mengesan pesawatnya, tetapi ia juga dengan mudah mengesan pesawat-pesawat pejuang negara lain.

Dalam satu sesi “pertempuran” udara, RAAF telah mengerahkan dua buah pesawat F-35A miliknya menentang enam buah pesawat F-15SG “Strike Eagle” Singapura.

Singapura
Pesawat F-15SG Tentera Udara Singapura

 

Kolonel Mark Tan daripada Tentera Udara Singapura memberitahu media pertahanan antarabangsa bahawa pesawat-pesawat F-35A RAAF itu berjaya mengesan kesemua pesawat-pesawat “musuh” dalam latihan udara itu dan “membunuh” kesemuanya.

Apa yang menarik menurut pegawai tentera udara Singapura itu adalah, pesawat F-35A berjaya “membunuh” kesemua pesawat “musuh” sebelum “musuh-musuh” itu dapat mengesan kehadirannya.

Pada 2020, Singapura dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bersetuju untuk memperolehi empat buah pesawat F-35B yang merupakan varian Short Take-Off Vertical Landing (STOVL) dan tambahan lapan buah lagi.

F-15
Dua buah pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura di Pangkalan Udara Paya Lebar.

 

Amerika Syarikat akan mula menghantar pesawat-pesawat F-35B yang dipesan oleh Tentera Udara Singapura bermula daripada tahun 2026.

Bagaimanapun, terdapat juga laporan mengatakan bahawa Tentera Udara Singapura sedang menimbangkan untuk memperolehi varian pesawat F-35 yang lain.

Selain pesawat-pesawat F-35 milik Tentera Udara Australia dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat pejuang lain yang terlibat dalam Latihan Pitch Black itu adalah Su-30MKI daripada India, Eurofighter Typhoon daripada Jerman dan United Kingdom, F-16 Indonesia dan Korea Selatan dan Mitsubishi F-2 daripada Jepun.

Latihan Pitch Black 2022 itu berlangsung di Darwin bermula 19 Ogos 9 September membabitkan 90 buah pesawat daripada 17 negara. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

 

 

 

 

Comments
Loading...