Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kombinasi AKINCI-BAYRAKTAR TB2 Oleh Pakistan “Bimbangkan” Perisikan India

Salah seorang bekas pegawai perisikan India yang dipetik oleh sebuah portal pertahanan berpangkalan di negara itu berkata, perolehan "AKINCI" itu membuktikan Pakistan terus-menerus meningkatkan kemampuan pertahanannya untuk mencapai pelbagai objektif termasuk merampas kembali Jammu dan Kashmir yang kini diduduki oleh New Delhi.

0 1,624

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perolehan kumpulan pertama pesawat tanpa pemandu, “AKINCI” (High Altitude Long Endurance –HALE) oleh Pakistan membimbangkan agensi perisikan India kerana kemampuannya pesawat tanpa pemandu buatan Turkiye itu yang menggerunkan, termasuk sekiranya digandingkan dengan “Bayraktar TB2” yang merupakan dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) keluaran syarikat yang sama. 

Menurut salah seorang bekas pegawai perisikan India yang dipetik oleh sebuah portal pertahanan berpangkalan di negara itu, perolehan “AKINCI” itu membuktikan Pakistan terus-meneruskan kemampuan pertahanannya untuk mencapai pelbagai objektif termasuk merampas kembali Jammu dan Kashmir yang kini diduduki oleh New Delhi.

“Dengan memperolehi pesawat-pesawat tanpa pemandu yang bersenjata ini, Pakistan terus memastikan hasratnya untuk memiliki Jammu dan Kashmir tidak terpadam,” kata N K Sood yang merupakan bekas pegawai di Research and Analysis Wing (RAW), agensi perisikan luar negara utama India.

Akinci
UCAV Akinci dengan sistem persenjataannya.

 

Beliau berkata, adalah agak pelik bagi Pakistan kerana ia memperolehi sistem persenjataan daripada Turkiye itu ketika ia sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang serius dan terpaksa mengadakan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Sejak beberapa bulan lepas, penduduk di Pakistan telah mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keadaan kewangan negara yang semakin meruncing sehingga menyukarkan rakyat negara Asia Selatan itu untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan asas,

Walaupun tidak diumumkan lagi secara rasmi perolehannya, tetapi tentera Pakistan telah mengeluarkan gambar-gambar menunjukkan anggota tentera menerima latihan daripada Turkiye untuk mengendalikan pesawat tanpa pemandu “AKINCIi” itu.

Tentera Pakistan dipercayai telah menerima di antara enam hingga tujuh buah pesawat tanpa pemandu “AKINCI” yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology, iaitu syarikat yang sama telah membangunkan pesawat tanpa pemandu “Bayraktar TB2”.

Pesawat tanpa pemandu AKINCI yang telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 itu boleh melaksanakan misi-misi udara-ke-udara dan udara-ke-darat.

Bayraktar TB2
Bayraktar TB2

 

Dengan berat ketika berlepas pada 5,500kg, AKINCI Ini boleh terbang setinggi 40,000 kaki dan boleh berada di udara lebih daripada 20 jam.

Dron Bayraktar Akinci ini juga dilengkap dengan pelbagai sistem penderia dan elektronik termasuk electro-optic/infrared/laser designation (EO/IR/LD) sensor, multi-mode active radar Electronically Scanned Array (AESA) dan sistem Signal Intelligence (SIGINT).

Dengan segala peralatan ini, ia boleh melaksanakan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaisance (ISR).

Antara sistem persenjataan yang dibawanya pada penerbangan itu adalah, bom 500kg Mk-82 yang dilengkapkan dengan kit panduan laser Teber-82, peluru berpandu MAM-T, MAM-L dan MAM-C serta bom 500kg Mk-82 yang dipasang dengan kit panduan laser HGK-82.

Selain “AKINCI”, terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa Pakistan berminat untuk memperolehi sistem pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2 berikutan kunjungan pegawai-pegawai tinggi daripada Tentera Pakistan ke kemudahan milik syarikat Baykar Technology di Turkiye pada 2021.

Bayraktar
Imej satelit menunjukkan kehadiran dron Bayraktar TB2 di Pangkalan Udara Pakistan di Murid.

 

Pada 2021 juga, imej satelit yang dikongsi oleh penganalisis imej perisikan Damien Symons menunjukkan kehadiran dron Bayraktar TB2 di Pangkalan Tentera Udara Pakistan di Murid.

Tahun lepas, portal pertahanan antarabangsa Janes menyatakan bahawa Pakistan telah mengintegrasikan sistem pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2 ke dalam sistem pertahanan udaranya.

Pada 28 September tahun lepas,, Islamabad telah menunjukkan dua buah sistem pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB2 dimilikinya bersama-sama sistem pesawat pemandu yang lain iaitu Falco yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...