Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] UCAV “Akinci” Berjaya Pecah Rekod Penerbangan Turki

Pesawat UCAV itu dilaporkan berjaya terbang setinggi 38,039 kaki (11,594 meter), menurut Presiden Industri Pertahanan (SSB) Turki Ismail Demir sebagaimana dipetik oleh media-media Turki.

0 1,288

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat kombat tanpa pemandu (UCAV) terbaru Turki, “Akinci” telah berjaya memecahkan beberapa rekod penerbangan selepas dron kombat  yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Baykar dilengkapkan dengan enjin daripada Ukraine.

Pesawat UCAV itu dilaporkan berjaya terbang setinggi 38,039 kaki (11,594 meter), menurut Presiden Industri Pertahanan (SSB) Turki Ismail Demir sebagaimana dipetik oleh media-media Turki.

“Akinci” dalam ujian penerbangan yang diadakan di daerah Corlu di wilayah Tekirdag itu berjaya berada di udara selama 25 jam dan 46 minit dan terbang sejauh 7,507km.

Sejak menjalani pelbagai ujian, dron UCAV itu telah melakukan sebanyak 870 penerbangan selama 347 jam dan 28 minit.

Pada April lepas,  Akinci berjaya melancarkan peluru berpandu MAM-T,  MAM-C dan MAM-L-Smart Munition (MAM).

 

Pembinaan secara besar-besaran dron UCAV terbaru ini telah bermula dengan Akinci pertama dijangka diserahkan kepada tentera Turki pada akhir tahun ini.

Kehadiran dron UCAV Akinci ini menyusul satu lagi dron yang dihasilkan oleh Turki iaitu “Bayraktar TB2” yang juga dihasilkan oleh syarikat Baykar dan digunakan oleh angkatan tentera negara itu serta beberapa negara lain termasuk Ukraine.

Selain Ukraine, negara-negara lain yang menggunakan “Bayraktar TB2” adalah Qatar dan Azerbaijan yang menggunakan dron itu secara meluas dalam perangnya di wilayah Nagorno Karabakh.

Pada Mei lepas, Poland menjadi negara pertama di Kesatuan Eropah (EU) menggunakan dron buatan Turki.

Terdapat juga laporan mengatakan Arab Saudi berminat untuk mendapatkan dron-dron buatan syarikat Turki.

Akinci
UCAV Akinci dengan sistem persenjataannya.

 

Dron “Akinci” adalah lebih besar dalam saiz berbanding Bayraktar TB2 dan dijangka melaksanakan tugas-tugas yang lebih strategic.

UCAV “Akinci” ini memiliki take-off weight seberat 5.5 tan dan memiliki kemampuan untuk membawa muatan seberat 1,350 kilogram terdiri daripada 400 kilogram di dalam (internal) dan 950 kilogram luaran (external).

Panjang sayapnya adalah 20 meter manakala radarnya pula adalah daripada Active Electronically Scanned Array (AESA)  dan peluru berpandu udara-ke-udara “Bozdogan” serta “Gozdogan” selain Stand-Off Missile (SOM).

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...