Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Puluhan Peluru Berpandu Russia Bedil Pangkalan Su-24 Bawa “Storm Shadow” Ukraine

Moscow telah berulang kali menyatakan bahawa wilayah Crimea yang kini didakwanya adalah sebahagian daripada wilayah Russia (menerusi pungutan suara penduduknya) merupakan “garisan merah” yang tidak boleh dilanggar oleh Ukraine mahupun penyokong-penyokongnya.

0 7,155

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 26 Julai yang lalu, tentera Russia telah melancarkan serangan puluhan peluru berpandu termasuk peluru berpandu hypersonik “Khinzal” terhadap pangkalan udara Starokostiantyniv di Khmelnytskyi Oblast yang menempatkan pesawat-pesawat Su-24M milik Tentera Udara Ukraine.

Sebagaimana yang diketahui, tentera Ukraine menggunakan pesawat pejuang Su-24 untuk membawa peluru-peluru berpandu kruis jarak jauh “Storm Shadow” yang dibekalkan oleh Britain untuk menyerang kedudukan tentera Russia.

Dalam serangan terhadap pangkalan udara Ukraine itu, Russia bukan sahaja menggunakan peluru berpandu hypersonik tetapi juga beberapa jenis peluru berpandu yang lain.

Storm Shadow
Pangkalan Udara Starokostiantyniv.

 

Penganalisis pertahanan mendakwa Russia sememangnya mensasarkan pangkalan udara Starokostiantyniv kerana ia menempatkan pesawat Su-24M yang digunakan oleh Ukraine untuk melancarkan peluru berpandu kruis jarak jauh “Storm Shadow.”

Kemungkinan besar, depot menempatkan peluru berpandu Storm Shadow turut berada di pangkalan udara itu.

Tentera Ukraine mendakwa serangan peluru berpandu hypersonik “Khinzal” dan beberapa jenis peluru berpandu yang lain itu dilancarkan daripada Laut Kaspia berkemungkinan daripada kapal-kapal perang dan kapal selam Russia.

Moscow dikatakan bertindak balas terhadap pangkalan tentera udara Ukraine itu selepas Kiev menggunakan peluru berpandu kruis jarak jauh “Storm Shadow” dengan kekerapan yang semakin meningkat untuk menyerang Crimea yang diduduki oleh tentera Russia.

Kiew dilapor menggunkan “Storm Shadow” untuk menyerang depot simpanan peluru milik tentera Russia di Crimea baru-baru ini.

Storm Shadow
Pesawat Su-24 Ukraine membawa “Storm Shadow”

 

Ia dikatakan adalah serangan pertama menggunakan peluru berpandu “Storm Shadow” oleh Ukraine terhadap Crimea dan ini telah menyebabkan Russia marah sehingga menyebabkan ia melancarkan serangan puluhan peluru berpandu terhadap pangkalan udara yang menempatkan pesawat Su-24 yang membawa peluru berpandu “Storm Shadow” itu.

Moscow telah berulang kali menyatakan bahawa wilayah Crimea yang kini didakwanya adalah sebahagian daripada wilayah Russia (menerusi pungutan suara penduduknya) merupakan “garisan merah” yang tidak boleh dilanggar oleh Ukraine mahupun penyokong-penyokongnya.

Serangan terhadap depot peluru milik armada Laut Hitam Russia di Crimea baru-baru ini merupakan “garisan merah” yang telah dilanggar oleh Ukraine menyebabkan serangan puluhan peluru berpandu oleh Russia terhadap pangkalan udara Starokostiantyniv.

Pada Mei lepas, , United Kingdom mengumumkan bahawa ia akan membekalkan peluru berpandu “Storm Shadow” kepada Ukraine sebagai persediaan untuk melancarkan serangan balas terhadap tentera Russia yang menduduki sebahagian besar wilayahnya.

Storm Shadow
Memasang peluru berpandu “Storm Shadow”
Storm Shadow
“Storm Shadow”

 

Dianggarkan bernilai 2 juta pound (RM11 juta) setiap sebuah, peluru berpandu jarak jauh itu amat dinanti-nantikan oleh Ukraine setelah Amerika Syarikat enggan memberikannya peluru berpandu jarak jauh “ATACMS” yang dilancar menggunakan sistem pelancar HIMARS.

Peluru berpandu “Storm Shadow” adalah peluru berpandu kruis lancaran udara (air-launched cruise missile – ALCM) hasil usahasama tiga buah negara itu United Kingdom, Perancis dan Itali.

Juga dikenali dengan panggilan SCALP EG (Système de Croisière Autonome à Longue Portée – Emploi Général), peluru berpandu itu telah dibuat oleh firma pertahanan Eropah, MBDA.

Peluru berpandu “Storm Shadow” boleh membedil sasaran sejauh 560km atau 300 Batu Nautika bagi membolehkan ia mensasarkan sasaran strategik.

Pada ketika ini peluru berpandu kruis ini sedang berkhidmat dengan beberapa negara seperti United Kingdom, Perancis, Itali,Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, iaitu negara-negara pengguna pesawat pejuang Tornado, Eurofighter Typhoon dan Rafale.

Setiap sebuah peluru berpandu kruis itu adalah seberat 1.3 tan, dengan keseluruhan peluru itu adalah 5.10 meter. — DSA

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...