Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Mahu Beli Peluru Berpandu “Brahmos” Tapi …

0 641

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Minggu lepas, kecoh satu dunia tentang laporan berita bahawa negara jiran kita iaitu Filipina bakal menjadi negara pertama yang akan membeli peluru berpandu kruis buatan India/Russia, “Brahmos”.

Laporan berita daripada India dan Filipina mengatakan perjanjian pembelian “Brahmos” untuk tentera Filipina itu akan ditandatangani pada sidang kemuncak di antara Presiden India Narendra Modi dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Februari tahun depan.

Media-media di India dan Filipina pun mengembar-gembur berita itu, mengaitkan pembelian “Brahmos” itu sebagai kejayaan industri pertahanan India dan kesungguhan Filipina untuk menguatkan sistem pertahanan negara itu daripada pencerobohan China terutamanya di Laut Filipina Barat.

Tetapi, Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana ketika ditanya mengenai pembelian peluru berpandu kruis itu mempunyai jawapan yang berlainan pula. Menurutnya, walaupun negara itu memang mempunyai rancangan untuk mendapatkan “Brahmos” tetapi setakat ini belum ada peruntukan untuk membelinya.

Brahmos
Peluru berpandu “Brahmos” adalah usahasama antara India dan Russia. (foto internet)

Di dalam ertikata lain, fulus untuk membeli peluru berpandu itu belum disedikan lagii, tapi berita Filipina akan membelinya peluru berpandu itu sudah dicanang ke seluruh dunia dan seakan-akan sudah suatu kepastian.

Mungkin berita itu sekadar usaha perhubungan awam oleh India untuk memasarkan peluru berpandu yang sehingga kini gagal menarik perhatian pembeli luar. Ketika ini hanya India menggunakan “Brahmos.”

India juga cuba menjual peluru berpandu itu kepada kita, Thailand dan Vietnam tetapi sehingga kini gagal.

Vietnam membeli peluru berpandu P-800 Oniks/Yakhont daripada Russia.

“Program mendapatkan Brahmos masih berjalan, tetapi cabaran ketika ini adalah untuk mendapatkan peruntukkan,” katanya kepada agensi berita negara itu, Philippine News Agency (PNA).

Lorezana
Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana. (foto internet)

Laporan daripada India sebelum ini mengatakan satu pasukan daripada Brahmos Aerospace iaitu syarikat usahasama New Delhi dan Manila dijangka berkunjung ke Filipina Disember ini untuk memuktamadkan perjanjian itu.

Brahmos Aerospace ini adalah syarikat usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.

Lorezana mengatakan negara itu bercadang mendapatkan dua bateri peluru berpandu “Brahmos” dan pembelian dilakukan secara kerajaan kepada kerajaan.

Brahmos
Peluru berpandu “Brahmos” lancaran darat. (foto internet)

“Brahmos” mempunyai jarak effektif sehingga 280km, tetapi sudah terdapat usaha untuk meningkatkan jaraknya sehingga 750km.

Malah media India mengatakan negara itu akan menggandakan jarak sasaran “Brahmos” kepada 1,500km.

Walaupun begitu, kita tunggu jelah sama ada Manila benar-benar akan membeli “Brahmos” atau ia hanyalah mimpi di siang hari.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...