Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Bimbang Kewujudan “NATO Asia Pasifik”

0 755

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam telah berlangsungnya pertemuan di antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya daripada China, Wang Yi.

Banyak perkara yang dibincang dalam pertemuan yang mendapat liputan menyeluruh daripada media tempatan, daripada persetujuan China untuk membeli 1.7 juta tan minyak kelapa sawit daripada Malaysia kepada negara diletakkan dalam senarai “priority list” penerima vaksin COVID-19 yang sedang diusahakan oleh Beijing.

Bagaimanapun, media tempatan mungkin terlepas pandang mengenai satu isu iaitu kebimbangan China tentang kerjasama “Quad” diantara Australia, India, Amerika Syarikat dan Jepun yang mereka khuatiri akan menjadi seperti kerjasama pertahanan umpama “NATO” di Asia Pasifik.

Wang Yi ditanya berkenaan kemungkinan “Quad” menjadi “NATO” di Asia Pasifik ketika sidang media selepas pertemuannya dengan Hishammuddin itu.

Wang Yi
Wang Yi (kiri) dan Hishamuddin Hussien (kanan) dalam pertemuan semalam. (kredit Bernama)

Menteri Luar China itu dengan jelas mengatakan kerjasama antara negara-negara “Quad” akan menjejaskan keselamatan serantau.

“Kesimpulannya, kerjasama itu (Quad) berusaha untuk membina Indo-Pasifik NATO melibatkan Amerika Syarikat, Australia,  India dan Jepun.”

“Kerjasama (Quad) ini bermatlamat untuk meniupkan mentaliti Perang Dingin dan membangkitkan konfrontasi di antara kumpulan dan blok berasingan serta meningkatkan perlumbaaan geo-politik . Ia juga mengekalkan hegemoni dan kekuasaan Amerika Syarikat,” katanya kepada ditanya pemberita.

Beliau juga berkata strategi ini (Quad) adalah satu risiko keselamatan yang amat besar.

Kapal China
Kapal perang China melepaskan tembakan meriam ketika dalam satu latihan di Laut China Selatan. (sumber internet)

Minggu lepas, keempat-empat Menteri Luar negara yang menganggotai “Quad” itu mengadakan mesyuarat di Tokyo, mesyuarat kedua diadakan oleh mereka selepas pertemuan di New York tidak lama dahulu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo ketika ditemuramah oleh majalah Nikkei Asia berkata, kerjasama “Quad” itu akan diinstitusikan untuk menjadi suatu jaringan keselamatan yang formal.

Nampaknya, Washington benar-benar mahu menjadikan kerjasama “Quad” itu sebagai NATO Asia Pasifik untuk menangani ancaman keselamatan oleh China sama ada di Asia atau di Laut China Selatan terutamanya.

Kerjasama NATO
North Atlantic Treaty Organisation (NATO

Walaupun “Quad” ini hanya dianggotai oleh empat buah negara, tetapi apabila “NATO Asia Pasifik” itu menjadi rasmi kelak, admin menjangkakan keanggotaannya akan bertambah dikalangan negara-negara rantau ini.

Sama ada Malaysia akan menjadi anggotanya, ia menjadi persoalan yang perlu diteliti sebaik-baiknya.

Menyertai “NATO Asia Pasifik” bermakna kita akan bukan lagi sebuah negara yang berkecuali, malah kita terpaksa memilih antara China atau Amerika Syarikat.

Suasana keselamatan di Asia Pasifik juga akan bertambah kalut dan berbahaya dengan kehadiran NATO Asia Pasifik dan bakal juga mendorong Beijing mencipta kerjasama keselamatan antara beberapa negara bagi menyaingi NATO itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...