“Keel Laying” Friget Merah Putih (Arrowhead 140), Kapal Perang Termoden Indonesia
Dengan berat hampir 5,700 tan dan panjang mencecah 138 meter, kapal friget "Merah Putih" itu adalah kapal perang terberat dan paling moden di dalam armada Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari yang lalu, Indonesia telah melaksanakan majlis “keel laying” bagi friget “Merah Putih” yang pertama daripada dua berdasarkan kepada rekabentuk Arrowhead 140 oleh syarikat Babcock.
Majlis tersebut telah diadakan di kemudahan PT PAL di Surabaya.
Dengan berat hampir 5,700 tan dan panjang mencecah 138 meter, kapal friget “Merah Putih” itu adalah kapal perang terberat dan paling moden di dalam armada Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL).

Majlis “pemotongan besi” (steel cutting) kapal perang terbabit yang menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan fizikal kapal friget itu telah diadakan di kemudahan milik PT PAL di Surabaya pada 9 Disember tahun lepas.
Menurut ketua pegawai eksekutif syarikat Babcock David Lockwood, majlis keel laying itu adalah detik bersejarah dan ia adalah peristiwa yang menarik bagi syarikat serta rekabentuk Arrowhead 140 apabila mereka melihat rekebentuk itu akhirnya direalisasikan untuk pasaran eksport.
Kapal friget “Merah Putih” itu menggunakan rekabentuk asas Arrowhead 140 (AH 140) selepas Babcock International bersetuju “memindahkan” rekabentuk kapal itu kepada PT PAL menerusi perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada September 2021.
Rekabentuk kapal friget itu bagaimanapun diubahsuai bagi menyesuaikannya dengan keperluan dan kehendak daripada pihak Indonesia.
Kapal friget “Merah Putih” itu dijangka diserahkan kepada pihak Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) pada tahun 2026.

Indonesia merupakan export customer yang pertama bagi friget AH 140, yang juga merupakan rekabentuk pilihan bagi Tentera Laut British bagi program friget Type 31 negara itu,
Kapal friget dengan rekabentuk AH 140 ini mempunyai panjang 138.7 meter dan berat 5,700 tan serta berkemampuan membawa 160 krew maksimum tetapi boleh beroperasi dengan hanya 100 orang krew (minimum).
Comments are closed.