Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

6 Friget FREMM, 2 Friget Maestrale Bakal Lonjak Kekuatan Tentera Laut Indonesia

Lapan buah kapal friget ini terdiri daripada enam buah kapal friget pelbagai misi FREMM (Fregata europea multi-missione) serta dua buah kapal friget “Maestrale” (kapal friget ASW) yang bakal dilucut tauliah oleh Tentera Laut Itali tidak lama lagi.

0 1,599

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, syarikat pembuat kapal Itali, Fincantieri mengumumkan bahawa mereka telah dipilih oleh kerajaan Indonesia untuk membekal lapan buah kapal friget kepada tentera lautnya.

Lapan buah kapal friget ini terdiri daripada enam buah kapal friget pelbagai misi FREMM (Fregata europea multi-missione) serta dua buah kapal friget “Maestrale” (kapal friget ASW) yang bakal dilucut tauliah oleh Tentera Laut Itali tidak lama lagi.

Syarikat Fincantieri akan membeli kedua-dua buah kapal friget “Maestrale” itu daripada kerajaan Itali dan menaiktarafnya dengan peralatan-peralatan terkini sebelum menyerahkannya kepada Indonesia.

Setakat ini tiada lagi jumlah kos perolehan Indonesia itu.

Ok, untuk artikel ini admin hanya mahu melihat dengan lebih dekat tetapi ringkas spesifikasi kapal friget FREMM yang bakal diperolehi oleh Tentera Laut Indonesia itu.

FREMM ini adalah projek kerjasama di antara Perancis dan Itali dengan kontraktor utama projek ini adalah Armaris daripada Perancis dan Orizzonte Sistemi Navali dari Itali yang merupakan usahasama antara dua syarikat Itali iaitu Fincantieri dan Finmeccanica.

FREMM
Kapal friget FREMM Itali dengan kapal destroyer Arleigh Burke Tentera Laut Amerika Syarikat.

 

Sebanyak 21 buah kapal friget FREMM dibina untuk Tentera Laut Perancis dan Tentera Laut Itali.

Memandangkan Indonesia akan mendapatkan kapal FREMM daripada Fincantieri, maka kita akan lihat spesifikasi kapal FREMM yang dimiliki oleh Tentera Laut Itali yang memperolehi sembilan buah friget FREMM manakala selebihnya Perancis daripada 21 buah itu.

Friget FREMM ini panjangnya adalah 140 meter dan 20 meter lebarnya, manakala beratnya (displacement) adalah di antara 6,000 tan hingga 6,700 tan.

Ia direkabentuk untuk belayar selaju 27 knot maksima dengan endurance adalah lebih daripada 6,000 batu nautika.

Jumlah keanggotaan krew kapal friget FREMM adalah 108 anggota dan pegawai.

Sistem persenjataannya bagi kapal FREMM Itali adalah – sistem peluru berpandu pertahanan udara Aster 15/Aster 30 manakala bagi sistem peluru berpandu anti-kapal pula ia menggunakan peluru berpandu Teseo Mk2 (atau juga dipanggil Otomat) yang dibekalkan oleh syarikat MBDA.

Maestrale
Kapal friget Maestrale Tentera Laut Itali.

 

Peluru berpandu Teseo Mk2 ini adalah sea-skimming missile yang memiliki jarak effektif lebih daripada 350km, manakala ASTER 15 pula mempunyai jarak minima 1.7km manakala jarak maksimum pula adalah 30km.

Kapal friget FREMM Perancis menggunakan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 Block III.

Friget FREMM Itali ini juga dilengkapi dengan sistem persenjataan anti-pertahanan kapal selam “MILAS” yang dibangunkan oleh MBDA, selain hull-mounted sonar Type 4110 yang dibangunkan oleh syarikat Thales.

Bagi fire control radar untuk sistem peluru berpandu, friget FREMM Itali menggunakan EMPAR G-band multifunction phased-array radar yang dibangunkan oleh syarikat Selex Sistemi Integrati.

Kapal friget FREMM Itali ini juga dilengkapi dengan hangar untuk menempat sebuah helikopter maritim yang mampu melancarkan torpedo dan peluru berpandu anti-kapal.

Tahniah la Indonesia….

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...