Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara “Kitar Semula” Pesawat Usang Soviet, Jadikannya Dron Berani Mati

Pyongyang dilaporkan memiliki kira-kira 400 buah pesawat pejuang MiG, terdiri daripada MiG-17 yang dihasilkan pada tahun-tahun 1950-an sehinggalah kepada MiG-29 yang diperkenalkan pada 1980-an dan pesawat pejuang usang Kesatuan Soviet ini akan "dikitar semula" untuk menjadikannya dron berani mati bertujuan menyerang Korea Selatan.

0 1,184

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang bakal memarakkan persengketaan di Semenanjung Korea,rejim Pyongyang dibawah pemerintahan Kim Jong-un telah memulakan program “kitar semula” ratusan pesawat pejuang usang Kesatuan Soviet miliknya dan menjadikannya dron-dron berani mati.

Kewujudan program “kitar semula” pesawat pejuang kepada dron berani mati Korea Utara itu telah didedahkan oleh bekas ejen National Intelligence Service (NIS) Korea Selatan yang mendapat maklumat daripada sumbernya di dalam Korea Utara.

“Korea Utara sedang cuba transformasi pesawat-pesawat pejuang lama Soviet Union kepada dron-dron berani mati yang bakal dilengkapkan dengan bahan letupan dan peluru-peluru pintar,” kata ejen NIS itu yang dikenali dengan nama, Choe Su-ryong.Korea Utara

Menurutnya, dron-dron berani mati itu akan digunakan untuk menyerang kemudahan industri dan infrastruktur Korea Selatan.

Pesawat-pesawat pejuang yang akan dijadikan dron berani mati itu adalah pesawat-pesawat MiG yang dibangunkan oleh Soviet Union.

Pyongyang dilaporkan memiliki kira-kira 400 buah pesawat pejuang MiG, terdiri daripada MiG-17 yang dihasilkan pada tahun-tahun 1950-an sehinggalah kepada MiG-29 yang diperkenalkan pada 1980-an.

Korea Utara dikatakan memiliki 431 buah pesawat pejuang MiG terdiri daripada 107 buah pesawat MiG-17, 100 buah pesawat MiG-19, 150 buah MiG-21, 56 buah MiG-23 dan 18 buah MIG-29.

Bagaimanapun terdapat juga penganalisis ketenteraan yang mengatakan bahawa Korea Utara memiliki sehingga 800 buah pesawat pejuang MiG, dengan kebanyakkannya sudah terlalu usang dan tidak berfungsi lagi tetapi bakal diberikan “nyawa baru” sebagai dron-dron berani mati.

Korea Utara

Sementara itu bekas pegawai kanan Tentera Udara Korea Selatan Kolonel Hong Sung-pyo pula dilaporkan berkata bahawa maklumat tentang program “Kitar Semula” pesawat pejuang kepada dron berani mati oleh Korea Utara itu adalah sesuatu yang menyakinkan.

Bagaimanapun katanya, Angkatan Tentera Korea Selatan sudah bersedia untuk menanganinya.

Beliau berkata Pyongyang mempunyai kemampuan teknikal untuk membangunkan dron-dron serta menukarkan pesawat pejuang lama dan usang kepada dron-dron berani mati untuk menyerang kedudukan strategik di Korea Selatan.

Katanya, dron-dron berani mati yang dihasilkan oleh Korea Utara bakal memainkan peranan penting dalam sebarang konflik dengan Korea Selatan selepas apa yang berlaku di Ukraine apabila kedua-dua pihak iaitu Russia dan Ukraine telah menggunakan dron-dron berani mati dengan berkesan.

Presiden Korea Selatan Yoon Seok Yul mengarahkan menteri-menteri kabinetnya supaya meningkatkan pengawasan mereka dan berjaga-jaga terhadap serangan terhadap kemudahan dan infrastruktur milik negara itu.

Korea Utara
Dron Korea Utara
Korea Utara
Pesawat MiG-29 Korea Utara

 

“Dalam peperangan, Korea Utara akan cuba memusnahkan infrastruktur dan kemudahan utama Korea Selatan untuk melumpuhkan sistemnya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri pada Isnin lepas ketika bermulanya latihan tentera “Ulchi Freedom Shield”. 

Beliau mengenalpasti loji-loji nuklear, kompleks teknologi dan lokasi menempatkan jaringan komunikasi kebangsaan sebagai kawasan yang Korea Utara akan berusaha untuk memusnahkannya dengan peluru berpandu, dron atau serangan siber.

Presiden Korea Selatan itu berkata sekiranya kemudahan-kemudahan itu berjaya dimusnahkan maka kemampuan ketenteraan negara itu bakal terjejas dengan teruk yang akan menjejaskan rakyatnya.

“Oleh kerana itulah, kita perlu menaiktaraf sistem untuk melindungi kemudahan-kemudahan kebangsaan daripada pelbagai jenis serangan oleh Korea Utara,” katanya. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...