Dron Terbaru Iran “Mohajer-10” Sasar Kemudahan Nuklear Israel Di Dimona
Dengan kemampuan untuk berada di udara selama 24 jam dan radius operasi sejauh 2,000km, Iran memberikan gambaran bahawa fasiliti nuklear Israel yang terletak di bandar Dimona di padang pasir Negev kini berada di dalam jarak jangkauan dron terbaru mereka itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 22 Ogos yang lalu, Iran telah mendedahkan dron terbarunya dipanggil “Mohajer-10”, yang rekabentuknya adalah seakan-akan menyamai dron terkenal MQ-9 Reaper buatan Amerika Syarikat.
Dengan kemampuan untuk berada di udara selama 24 jam dan radius operasi sejauh 2,000km, Iran memberikan gambaran bahawa fasiliti nuklear Israel yang terletak di bandar Dimona di padang pasir Negev kini berada di dalam jarak jangkauan dron terbaru mereka itu.
Dimona yang terletak di padang pasir Negev itu menempatkan Shimon Peres Negev Nuclear Research Centre (Pusat Kajian Nuklear Shimon Peres) yang menjalankan kerja-kerja kajiselidik tentang tenaga nuklear oleh Israel.

Di kemudahan bawah tanah di pusat kajian di Dimona itu menempatkan makmal-makmal yang diguna untuk menghasilkan plutonium bagi senjata nuklear Israel.
Israel tidak pernah mengakui secara terbuka kewujudan kemudahan menghasilkan bahan-bahan untuk senjata nuklearnya di Dimona itu.
Dron “Mohajer-10” milik Iran itu telah didedahkan kepada awam pada majlis yang turut dihadiri oleh Presiden Iran Ebrahim Raisi baru-baru ini.
Dengan keupayaan untuk terbang setinggi 7km, dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) itu juga berkemampuan terbang selaku 210km sejam dan membawa pelbagai muatan senjata termasuk bom dan peluru berpandu seberat 300kg.
Pada majlis itu, Ebrahim mengumumkan bahawa Iran kini adalah negara yang maju daripada teknologi persenjataannya di dunia.
Media Iran menyatakan bahawa negara itu sedang membangunkan dron-dron strategik genereasi kelima menerusi inisiatif lonjakan dengan mengaplikasi teknologi Artificial Intelligence, Peperangan Elektronik dan pengumpulan maklumat signal.
Dengan radius operasinya sejauh 2,000km, dron Mohajer-10 bukan sahaja mengancam musuh-musuh Iran di Timur Tengah seperti Iran, tetapi juga Amerika Syarikat yang telah meningkatkan bilangan aset-aset dan anggota tenteranya di rantau itu.
Comments are closed.