Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kapal No 661” Korea Utara Beri Ancaman Nuklear Pada Korea Selatan, Amerika

Walaupun daripada segi kapal-kapal perang, Korea Utara dianggap masih lagi ketinggalan berbanding negara jirannya, Korea Selatan, tetapi kemunculan kapal korvet kelas-Amnok dilengkapi dengan peluru berpandu kruis nuklear merupakan ancaman besar.

0 1,232

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Korea Utara telah mendedahkan sebuah kapal korvet kelas-Amnok miliknya dinamakan “Kapal No 661”, yang berkemampuan dilengkapkan dengan peluru berpandu kruis berkepala peledak nuklear.

Walaupun daripada segi kapal-kapal perang, Korea Utara dianggap masih lagi ketinggalan berbanding negara jirannya, Korea Selatan, tetapi kemunculan kapal korvet kelas-Amnok dilengkapi dengan peluru berpandu kruis nuklear merupakan ancaman besar.

“Kapal No 661” dikatakan seberat 2,000 tan dan dilengkapi dengan sistem sensor dan elektronik moden.

Korea Utara

Laporan juga menyatakan bahawa kapal korvet terbaru Tentera Laut Korea Utara itu dilengkapi dengan meriam 100mm, anti-submarine rocket (ASROC) dan lapan pelancar peluru berpandu kruis Hwasal-2 yang boleh dilengkapkan dengan kepala peledak nuklear.

Bagi sistem radarnya ia dipercayai menggunakan radar Type 362 (MR36A) 2D X-band  buatan China, dua buah radar navigasi serta radar kawalan tempakan yang hampir sama seperti radar Russia/Soviet MR-104 untuk kegunaan sistem Close-In Weapon System (CIWS) AK-630.

Kapal perang terbaru Korea Utara itu juga dilengkapi dengan radar Electronic Support Measures (ESM).

Walaupun sistem sensor dan elektronik kapal perang Korea Utara itu agak mundur daripada segi teknologinya, tetapi disebabkan ia dilengkapi dengan peluru berpandu Hwasal-2 itu, maka ia tetapi berbahaya kepada Korea Selatan.

Korea Utara
Kapal korvet kelas-Amnok milik Korea Utara

Korea Utara

Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang peluru berpandu kruis “Hwasal-2” sebagaimana peluru-peluru berpandu Korea Utara yang lain tetapi badan bukan kerajaan Missile Defense Advocacy menyatakan bahawa Korea Utara telah berjaya melancarkan empat buah peluru berpandu Hwasal-2 pada Februari tahun ini.

Ketika dilancarkan daripada bandar Kim Chaek di wilayah North Hamgyong di Korea Utara, peluru berpandu kruis itu terbang sejauh 2,000km dan membedil sasaran di perairan Laut Korea.

Missile Defense Advocacy menyatakan bahawa dengan kemampuan yang dimiliki oleh peluru berpamdu Hwasal-2 itu, ia bakal mengancam sasaran-sasaran strategik Korea Selatan dan Jepun .

Penganalisis ketenteraan juga menyatakan bahawa kehadiran kapal korvet kelas-Amnok itu dengan peluru berpandu kruis Hwasal-2 merupakan usaha Pyongyang untuk meningkatkan kemampuannya menyerang sasaran musuh daripada aset-aset maritimnya seperti kapal-kapal selam dan kapal perang.

Baru-baru ini juga, Korea Utara telah mendedahkan sistem torpedo nuklear dinamakan “Haeil” yang direkabentuk untuk menembusi sempadan maritim musuh dan meledak sehingga menyebabkan tsunami radioaktif bertujuan memusnahkan pelabuhan, kapal dan pangkalan-pangkalan tentera laut musuh.

Bagaimanapun pada masa yang sama, penganalisis mendakwa banyak daripada kemampuan tentera Korea Utara hanyalah sesuatu “penipuan” bagi mengelirukan musuh. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...