Provokasi Su-35 Russia Sebabkan Kerosakan Pada Dron “Reaper” Amerika Di Syria
Komander Tentera Udara Amerika Syarikat Lt Jeneral Alexus Grynkewich dalam satu kenyataan berkata apa yang dilakukan oleh juruterbang pesawat pejuang Russia itu adalah merbahaya dan tidak professional serta memintanya supaya ia dihentikan dengan segera.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika menuduh pesawat pejuang Su-35 Russia melakukan provokasi dengan sengaja melepaskan suar (flares) berhampiran dron MQ-9 “Reaper” yang sedang menjalankan operasi anti-pengganas di Syria sehingga merosakkan dron pemantau miliknya itu.
Komander Tentera Udara Amerika Syarikat Lt Jeneral Alexus Grynkewich dalam satu kenyataan berkata apa yang dilakukan oleh juruterbang pesawat pejuang Russia itu adalah merbahaya dan tidak professional.
Beliau meminta tentera Russia supaya menghentikan tindakan provokasi dan berbahaya itu.
Ketika insiden itu, dron terbabit sedang dalam operasi memerangi kumpulan pengganas ISIS di Syria, di mana Russia turut menempatkan anggota dan aset tenteranya untuk menyokong pentadbiran Presiden Bashar al-Assad.
Dron “Reaper” Amerika Syarikat itu mengalami kerosakan di bahagian bilah kipasnya akibat tindakan pesawat pejuang Russia itu.
“Pada Ahad lalu, pesawat pejuang Russia telah terbang terlalu hampir dengan dron Reaper itu, menganggu operasinya dan melepaskan suar daripada kedudukan di atas dron itu,” kata komander Tentera Udara Amerika Syarikat itu.
“Satu daripada suar itu telah mengenai dron itu, merosakkan bahagian kipasnya,” kata beliau sambil menambah bahawa walaupun mengalami kerosakan,namun dron mampu kembali ke pangkalannya dengan selamat.
Awal bulan ini, tiga buah pesawat pejuang Su-35 Russia telah bertindak dengan cara-cara “tidak selamat dan profesional” dalam melakukan pemintasan terhadap tiga buah dron MQ-9 “Reaper” milik Amerika Syarikat di utara Syria pada 5 Julai.

Ketiga kejadian, ketiga-tiga dron milik Amerika Syarikat itu sedang melakukan pemantauan terhadap kumpulan penganas, ISIS yang beroperasi di negara Timur Tengah itu.
Minggu lepas, Russia turut mengerah sebuah pesawat perisiknya untuk melakukan misi pengintipan intensif terhadap pangkalan At-Tanf yang diduduki oleh anggota tentera Amerika Syarikat di Syria dan kawasan persekitarannya.
Comments are closed.