Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Cari Alasan Mengapa Ia “Kehilangan” 24 Buah Su-35 Di Ukraine

Walaupun mengembar-gemburkan tentang "kehebatan" Su-35, tetapi kini Russia terpaksa mencari alasan untuk menerangkan bagaimana sehingga kini ia telah kehilangan dua skuadron atau 24 buah Su-35 dalam konflik di Ukraine.

0 2,860

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa tahun ini, Russia telah “mengembar-gemburkan” kehebatan dan keupayaan Sukhoi Su-35 (NATO codename Flanker-E) dan menyifatkannya sebagai sebagai pesawat pejuang paling berkemampuan dimilikinya.

Namun kini, Moscow terpaksa mencari alasan untuk menerangkan dakwaan bagaimana ia kehilangan dua skuadron atau sejumlah 24 buah Su-35 dalam konflik di Ukraine walaupun sebelum itu ia mendakwa pesawat itu adalah yang terbaik di dalam kelasnya.

Dakwaan tentang prestasi kurang memberangsangkan pesawat-pesawat pejuang Russia di Ukraine itu ada asasnya kerana sehingga kini selepas enam bulan konflik di Ukraine berlangsung, Moscow masih gagal menguasai ruang udara negara jirannya.

Su-35

Selepas enam bulan bertempur di Ukraine, kita masih lagi melihat pesawat-pesawat pejuang Russia termasuk Su-35 dan lain-lain ditembak jatuh oleh musuh.

Apa sudah jadi dengan Tentera Udara Russia yang mendakwa ia akan menguasai ruang udara Ukraine hanya di dalam masa beberapa hari selepas perang dengan Ukraine tercetus.

Sudah enam bulan berlalu, Russia gagal menguasai ruang udara Ukraine walaupun ia memiliki tentera udara yang jauh lebih besar daripada Ukraine dengan bilangan pesawat pejuang yang berlipatganda berbanding negara jirannya.

Dalam berhadapan dengan Tentera Udara Russia yang “berkuasa dan kuat itu” Ukraine terpaksa bergantung sebahagian besarnya terhadap pesawat-pesawat MiG-29, Su-24 dan sebahagian kecil Su-27.

Sejak kebelakangan ini, banyak gambar-gambar dan video menunjukkan bagaimana pesawat-pesawat Su-35 Russia  itu ditembak jatuh sama ada oleh sistem pertahanan udara Ukraine (yang dibekalkan oleh negara Barat) atau tumpas dalam pertempuran udara dengan pesawat Ukraine.

Su-35

Kini terdapat laporan mengatakan bahawa Tentera Udara Russia terpaksa menghantar pesawat-pesawatnya yang telah berusia ke Ukraine untuk membantu kempen udara negara itu di Ukraine.

Mengapa pesawat Su-35 milik Russia gagal menunjukkan prestasi yang baik di Ukraine?

Menurut pemerhati, antara sebab utama adalah soal reliabiliti (kebolehpercayaan) pesawat Su-35 itu yang masih mencengkam pesawat generasi 4++ bukan sahaja yang berkhidmat di dalam Tentera Udara Russia tetapi juga pesawat-pesawat Su-35 yang dijual kepada negara-negara lain.

Pada ketika ini, terdapat laporan bahawa daripada 24 buah pesawat Su-35 yang dibeli oleh China daripada Russia, hanya sembilan buah yang masih “boleh terbang” manakala selebihnya lebih banyak menghabiskan masa di dalam hangar.  

Terbaru, dakwaan mengatakan Moscow sanggup “menukar” sejumlah 24 buah pesawat pejuang Su-35 untuk mendapatkan ratusan pesawat tanpa pemandu yang dibangunkan oleh Iran untuk digunakan di Ukraine.

Su-35

Dakwaan mengatakan bahawa Russia telah kehilangan kepercayaan terhadap kemampuan pesawat canggihnya itu, sehinggakan ia lebih percaya terhadap kemampuan pesawat tanpa pemandu untuk beroperasi di ruang udara Ukraine.

Mengapa Russia lebih percaya kepada pesawat-pesawat tanpa pemandu daripada pesawat-pesawat pejuangnya?

Pada 2018, Mesir menjadi negara pertama di Timur Tengah untuk  memperolehi pesawat pejuang Sukhoi Su-35 apabila ia menandatangani kontrak bernilai US$3 bilion (RM12 bilion) untuk memperolehi di antara 24 hingga 26 buah pesawat itu.

Malah dikatakan, kilang Sukhoi di Komsomolsk-on-Amur telah menyiapkan 11 buah daripada pesawat pejuang itu, tetapi sehingga kini tiada satu pesawat Su-35 pun diterima oleh Mesir. Mengapa?

Sebenarnya Mesir dikatakan telah mengesan “kelemahan” pesawat Su-35 itu berbanding pesawat pejuang generasi 4.5 yang sedang digunakan olehnya iaitu “Rafale” buatan syarikat Dassault Aviation.

“Kelemahan” yang dikesan oleh Mesir terhadap pesawat Su-35 itu melibatkan sistem radarnya “Irbis-E”.

Su-35

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Dikatakan, pihak Mesir telah menjalankan ujian terhadap kemampuan sebenar radar Passive Electronically Scanned-Array (PESA) “Irbis-E” pesawat Su-35 itu terhadap sistem Electronic Counter-Measures (ECM) pesawat Rafale.

Apa yang didapati mereka adalah, sistem ECM Rafale dengan mudah “menundukkan” radar Irbis-E pesawat Sukhoi Su-35 buatan Russia itu.

Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa pesawat Rafale telah dengan mudah “menembak jatuh” pesawat Su-35 dalam satu latihan dimana sistem ECM “Spectra” pesawat buatan Perancis itu telah dengan mudah “jammed” radar Su-35 itu dengan mudah sebelum “menembak jatuh” pesawat Russia itu.

Pegawai-pegawai tentera Mesir dikatakan berang kerana pesawat Su-35 itu masih menggunakan radar PESA sedangkan pesawat-pesawat pejuang generasi 4.5 di pasaran telah mengaplikasikan penggunaan radar AESA (Active Electronically Scanned Radar). — DSA

 

   

Comments
Loading...