Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bernilai Ratusan Juta Dollar, Kapal Perang LCS Amerika Alami Masalah Keretakan Serius

Dibina oleh syarikat pembuat, Austal USA, kapal LCS kelas-Independence - USS Coronado telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut negara itu pada tahun 2015 tetapi terpaksa dibersarakan pada usia yang amat "muda"iaitu pada September tahun lepas.

0 3,912

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun hanya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat lapan tahun yang lepas, tetapi kapal Littoral Combat Ship (LCS)  “USS Coronado”  yang menelan belanja ratusan juta dollar untuk dibina terpaksa dibersarakan lebih awal kerana mengalami masalah keretakan yang amat serius.

Dibina oleh syarikat pembuat, Austal USA, kapal LCS kelas-Independence – USS Coronado telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut negara itu pada tahun 2015 tetapi terpaksa dibersarakan pada usia yang amat “muda” iaitu pada September tahun lepas.

Ia disifatkan sebagai kapal perang yang masih baru.

LCS
USS Coronado

 

USS Coronado (LCS-4) merupakan kapal LCS kedua daripada kelas-Independence milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang terpaksa dibersarakan lebih awal selepas pihak tentera laut mengesan masalah keretakan yang amat serius.

Kapal pertama LCS daripada kelas itu,  USS Independence juga telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada 2021 walaupun ia hanya memasuki perkhidmatan tentera laut negara kuasa besar itu pada 2010 dan hanya sempat berkhidmat selama 11 tahun.

 

Keseluruhannya pihak pentadbiran Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang menamatkan perkhidmatan lebih separuh daripada 19 buah kapal LCS daripada kelas-Independence kerana berhadapan dengan masalah keretakan yang sama, berpunca daripada “structural defects” yang dikesan pada kapal-kapal perang terbabit.

Masalah “keretakan serius” yang menimpa kapal-kapal LCS itu disifatkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai amat memalukan bagi negara yang memilki industri pembinaan kapal perang yang moden, selain mengakibatkannya kerugian berbilion-bilion dollar. 

Sebagaimana USS Coronado dan USS Independence, kapal-kapal  LCS yang lain juga hanya berkhidmat selama beberapa tahun dengan Tentera Laut Amerika Syarikat sebelum ia turut sama berhadapan dengan masalah keretakan yang serius.

LCS
USS Coronado di Singapura

 

Masalah keretakan yang amat serius itu menyebabkan kapal-kapal LCS hanya mampu belayar tidak melebih 15 knot dan dalam keadaan laut dengan ombak yang tidak melebihi lapan meter tingginya.

Jikalau kapal-kapal terbabit melanggar syarat-syarat terbabit, maka masalah keretakan pada badan kapal itu akan hanya menjadi lebih serius dan boleh mengakibatkan kapal itu berhadapan dengan kemungkinan yang lebih berbahaya termasuk mengancam nyawa anak-anak kapalnya.

Kapal-kapal LCS kelas-Independence dibina menggunakan aluminium dengan rekabentuk Trimaran serta mempunyai kelajuan yang tinggi mencecah 44 knot bagi membolehkan ia dikerah ke kawasan operasi dengan pantas.

Kapal LCS kelas-Independence yang memiliki berat lebih daripada 3,000 tan itu direkabentuk dengan kelajuan yang tinggi, manakala kawasan operasi utamanya adalah di kawasan pesisir pantai.

Setiap kapal LCS kelas-Independence itu memiliki kira-kira 40 krew asas.

LCS

 

Dilengkapi dengan meriam dan sistem peluru berpandu anti-kapal,  Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengerah beberapa kapal LCS ke rantau Asia Pasifik untuk menjalankan rondaan di perairan Indo-Pasifik.

Kapal-kapal LCS Amerika Syarikat yang “bertugas” di Indo-Pasifik itu menjadikan Singapura sebagai pengkalannya.

Kapal LCS, USS Coronado yang ditamatkan khidmatnya pada September tahun lepas itu juga pernah berkunjung ke Lumut beberapa tahun lepas, yang merupakan sebahagian daripada operasinya di rantau Asia Pasifik. — DSA

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

  

Comments
Loading...