JS Izumo, JS Kaga Pastikan Impian Jepun Miliki Kapal Pengangkut Pesawat Tercapai
Gambar-gambar terbaru ketika kapal helicopter destroyer "JS Kaga" meninggalkan limbungan kapal di Kure City, Hiroshima Prefecture baru-baru ini menunjukkan kapal perang itu telah mengalami perubahan yang mendadak untuk menjadikannya sebuah kapal pengangkut pesawat, bagi membolehkannya mengoperasikan pesawat pejuang F-35B (VSTOL) di atas dek penerbangannya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semakin hari, kapal “helicopter destroyer” milik Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) “JS Kaga” (DDH -184) semakin kelihatan seperti sebuah kapal pengangkut pesawat, hasil daripada kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan di sebuah limbungan kapal negara ini.
Gambar-gambar terbaru ketika ia meninggalkan limbungan kapal di Kure City, Hiroshima Prefecture baru-baru ini menunjukkan JS Kaga telah mengalami perubahan yang mendadak bagi membolehkannya mengoperasikan pesawat pejuang F-35B (STOVL) di atas dek penerbangannya.
Dengan bantuan Amerika Syarikat, Jepun giat mengubahsuai kedua-dua buah kapal “helicopter destroyer” miliknya, JS KAGA dan JS Izumo, setiap satu seberat 27,000 tan untuk menjadikannya kapal-kapal pengangkut pesawat yang berupaya menempatkan pesawat-pesawat pejuang F-35B (STOVL) yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak atau landasan yang pendek.

Kerja-kerja mengubahsuai JS Kaga dan JS Izumo, kedua-duanya “helicopter destroyer” daripada kelas-Izumo dijalankan secara berfasa dan dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2027.
Jepun memutuskan untuk mengubahsuai kedua-dua kapal itu pada tahun 2018.
Tentera Laut Amerika Syarikat giat membantu Tentera Laut Jepun mengubahsuai kapal JS Izumo (DDH-183), untuk menjadikannya sebuah kapal pengangkut pesawat bagi menangani ancaman tentera China di Indo-Pasifik.
Selepas kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan dengan bantuan daripada Amerika Syarikat, kedua-dua kapal ia akan menjadi sebuah kapal pengangkut pesawat dengan berkemampuan membawa sekurang-kurangnya 10 buah pesawat pejuang F-35B.
Di dalam tempoh beberapa tahun ini, Tokyo bakal memiliki kapal pengangkut pesawat, sekaligus mengembalikan kekuatan tentera laut negara Matahari Terbit sebagaimana seperti zaman peperangan Dunia Kedua.

Baru-baru ini, Tentera Laut Amerika Syarikat telah menganugerahkan kontrak kepada syarikat Raytheon Intelligence and Space di bawah Foreign Military Sales (FMS) bernilai US$8.6 juta (RM34.4 juta) untuk memperolehi peralatan dipanggil “Joint Precision and Approach Landing System” (JPALS).
Peralatan JPALS itu kemudiannya akan dioperasikan di kapal Tentera Laut Jepun, JS Izumo pada 2024.
Comments are closed.