“Pencerobohan Pesawat Tentera Singapura Tidak Mudaratkan Kedaulatan,Keselamatan Negara”
“Secara umumnya, isu pencerobohan ruang udara yang dilakukan oleh pesawat Tentera Udara Singapura (TURS) tidak memudaratkan Malaysia dari segi aspek kedaulatan dan keselamatan Negara." -- kata Kementerian Pertahanan dalam jawapannya terhadap pertanyaan lisan Datuk Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Negara pada 20 Jun.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa pencerobohan ruang udara negara yang dilakukan oleh pesawat Tentera Udara Singapura tidak memudaratkan Malaysia dari segi aspek kedaulatan dan keselamatan negara.
Kementerian menyatakan perkara itu dalam jawapannya terhadap pertanyaan lisan Datuk Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Negara pada 20 Jun.
“Isu Pencerobohan Ruang Udara Yang Dilakukan Oleh Pesawat Tentera Udara Diraja Singapura (TURS) / Pencerobohan Ruang Udara Berkepentingan (ZEE).”
“Secara umumnya, isu pencerobohan ruang udara yang dilakukan oleh pesawat Tentera Udara Singapura (TURS) tidak memudaratkan Malaysia dari segi aspek kedaulatan dan keselamatan Negara. Manakala isu pencerobohan ruang udara berkepentingan (ZEE) didapati tertumpu di ruang udara di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan oleh beberapa negara seperti China dan Vietnam.”
Dalam jawapan itu di Dewan Negara itu, Kementerian Pertahanan juga menyatakan terdapat juga penerbangan oleh Amerika Syarikat yang mendakwa ianya adalah atas dasar Freedom of Navigation (FON) di perairan dan ruang udara antarabangsa.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan dalam jawapannya menyatakan bahawa ia telah mengesan dan merekod sebanyak 43 kes pencerobohan pesawat-pesawat asing terhadap ruang udara negara untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Ia menyatakan bahawa jumlah keseluruhan pesawat asing yang dikesan dan direkodkan menceroboh ruang udara negara dari bulan Januari 2023 sehingga Mei 2023 ialah berjumlah 43 kes pencerobohan.
“Pecahan kes pencerobohan adalah seperti berikut iaitu — Kategori Pencerobohan Ruang Udara Berdaulat hanya berlaku di Region 1 sahaja adalah sebanyak 6 kes pencerobohan yang melibatkan 2 kes tidak mengikuti laluan seperti yang dimohon dan 4 kes tanpa permohonan.”
“Kategori Pencerobohan Ruang Udara Berkepentingan pula, sebanyak 37 kes pencerobohan direkodkan iaitu kes pencerobohan di Region 1 dan 34 kes pencerobohan di Region 2.”
Kementerian Pertahanan memandang serius terhadap sebarang bentuk ancaman kedaulatan dan pencerobohan oleh pesawat asing yang memasuki ruang udara negara tanpa kebenaran.
Ia berkata bahawa setiap penerbangan di seluruh ruang udara negara dipantau dan direkod oleh Control and Reporting Centre (CRC) Kuantan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dan CRC Kota Samarahan di Kuching, Sarawak.
Mengenai lokasi-lokasi Radar Pertahanan Udara TUDM pula, ia dioperasi oleh Skn 312 Western Hill Pulau Pinang, Skn 321 Bukit Petri Gong Kedak Terengganu, Skn 322 Bukit Ibam Muadzam Pahang, Skn 323 Bukit Lunchu Masai Johor, Skn 331 Gunung Ngili Simunjan Sarawak dan Skn 340 Bukit Kubong Labuan, Sabah.
Bagi tahap liputan radar pertahanan Udara TUDM pula, jarak liputan (Coverage) radar pertahanan udara itu menurut Kementerian Pertahanan adalah 256 batu nautika manakala ketinggian 100,000 kaki.
“Itu adalah liputan pada masa awal pembelian peralatan, namun keupayaan sekarang mengikut radar quality check (RQC) kebanyakannya melebihi tahap 90% kecuali radar Skn 321 berada pada tahap limited, iaitu RQC di bawah 90 peratus daripada liputan 256Nm. “ — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com