Jarak Peluru Berpandu “BrahMos” Bakal Dipertingkat Ke 1,000 Kilometer
Russia bercadang meningkatkan jarak peluru berpandu P-800 “Onyx” (SS-NX-26) kepada 1,000 km, dimana jika program peningkatan jarak itu dilaksana, ia dijangka turut memberi kesan kepada kepada peluru berpandu BrahMos yang dibangun berdasarkan kepada peluru berpandu “Onyx” (SS-NX-26).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak beberapa tahun yang lalu, India telah cuba untuk mempromosi peluru berpandu BrahMos kepada beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan usaha itu bakal menjadi lebih menarik kerana peluru berpandu yang dibangunkan secara bersama oleh India dan Russia itu bakal memiliki varian dengan jarak operasi sejauh 1,000 km.
Tidak pasti sama ada peningkatan jarak peluru berpandu BrahMos itu akan membuatkan negara-negara Asia Tenggara memilih sistem itu yang dibangunkan secara bersama oleh India dan Russia.
Menurut laporan terkini, pihak Russia bercadang meningkatkan jarak peluru berpandu P-800 “Onyx” (SS-NX-26) kepada 1,000 km, dimana jika ia program peningkatan jarak itu dilaksana, ia dijangka turut memberi kepada kepada peluru berpandu BrahMos.
Peluru berpandu BrahMos adalah berdasarkan kepada peluru berpandu “Onyx” yang dibangunkan oleh Russia,yang mempunyai hubungan ketenteraan baik dengan India sejak berdekad lamanya.
Sistem peluru berpandu BrahMos itu dibangunkan oleh sebuah syarikat, BrahMos Aerospace yang merupakan syarikat usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.
Malah nama BrahMos itu juga adalah sempena nama Sungai Brahmaputra di India dan Sungai Moskva di Russia.
Peluru berpandu Brahmos merupakan peluru berpandu kruis jarak sederhana yang menggunakan teknologi enjin ramjet yang boleh dilancarkan daripada pelbagai platform sama ada udara, kapal, kapal selam serta daripada sistem pelancar pesisir pantai.
Pada ketika ini, Filipina menjadi negara tunggal yang memiliki sistem peluru berpandu BrahMos apabila ia menandatangani kontrak kontrak bernilai US$374 juta (RM1.5 bilion) awal tahun ini dengan Brahmos Aerospace untuk memperolehi sistem peluru berpandu itu.
Dengan penganugerahan itu, Filipina menjadi negara pertama di luar India yang menggunakan sistem peluru berpandu anti-kapal itu yang akan diletakkan di kawasan-kawasan pesisiran pantai negara.
Filipina dipercayai menggunakan sistem peluru berpandu Brahmos itu untuk mencegah China daripada sebarang cubaan merampas dan menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di Laut China Selatan.
Filipina dijangka memperolehi varian sistem peluru berpandu anti-kapal “Brahmos” yang mempunyai jarak effektif kira-kira 300km dengan kelajuan supersonik 2.8 Mach.
Ogos lepas, laporan media menyatakan bahwa India mensasarkan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk menjejaki langkah Manila dalam memperolehi sistem peluru berpandu BrahMos.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Ketua Pegawai Eksekutif BrahMos Aerospace Atul Rane dalam temuramah dengan agensi berita Russia, TASS berkata bahawa, di antara tiga hingga empat buah negara di Asia Tenggara mempunyai potensi besar untuk menjadi pelanggan peluru berpandu BrahMos.
“Saya menjangkakan di antara tiga empat negara di Asia Tenggara dan Timur Tengah seperti Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Arab Saudi berpotensi untuk menjadi pelanggan peluru berpandu BrahMos,” kata beliau yang mengetuai syarikat usahasama India-Russia itu. — DSA
Jom!!!! follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore