Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Poland Bakal Ganti Indonesia Sebagai Rakan Kerjasama KF-21 “Boramae” ?

Indonesia dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian pada 2010 untuk bekerjasama di dalam program pembangunan pesawat pejuang itu tetapi Jakarta dituduh gagal menjelaskan 20 peratus daripada keseluruhan kos pembangunan pesawat itu dianggarkan berjumlah US$6.67 bilion (RM26.7 bilion).

0 3,436

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Poland telah pun menyatakan hasratnya untuk terlibat sama di dalam program pembangunan pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae”, ketika Indonesia dan Korea Selatan masih bertelagah tentang soal pembayaran bagi pembabitannya dalam program itu.

Adakah ini menunjukkan terdapat usaha untuk menggantikan tempatan Indonesia dengan Poland sebagai rakan pembangunan pesawat pejuang KF-21?

PGZ yang merupakan organisasi industri pertahanan Poland yang dimiliki oleh kerajaan Poland berkata pihak bersedia untuk turut serta di dalam pembangunan pesawat KF-21 yang sedang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

“Saya akan berasa amat gembira sekiranya boleh menyertai program pembangunan pesawat KF-21,” menurut ketuanya Sebastian Hwawek sebagaimana dilaporkan oleh media tempatan.

“Jikalau kita (Poland) dapat mewujudkan produksi (pesawat KF-21) di Poland, maka kita akan dapat menawarkan pesawat itu kepada negara-negara di dalam Kesatuan Eropah,” kata beliau.

KF-21

Ia merupakan kenyataan pertama yang keluar daripada mulut pegawai kanan Poland mengenai hasrat negara anggota NATO untuk terlibat sama di dalam program pembangunan pesawat pejuang buatan industri pertahanan tempatan Korea Selatan.

Ia menambah lagi spekulasi tentang pembabitan Poland dalam program pembangunan pesawat KF-21 pada ketika Korea Selatan dan Indonesia masih bertelagah tentang soal pembayaran.

Prototaip pesawat pejuang KF-21 itu telah melakukan penerbangan sulungnya pada Julai lepas. 

Indonesia dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian pada 2010 untuk bekerjasama di dalam program pembangunan pesawat pejuang itu, dengan Jakarta dikatakan akan menerima prototaip pesawat KF-21 yang kelima itu.

Sebagai rakan kerjasama bagi program pembangunan pesawat KF-21,Jakarta bersetuju untuk membayar 20 peratus daripada keseluruhan kos pembangunan pesawat pejuang itu yang dianggarkan berjumlah US$6.67 bilion (RM26.7 bilion).

KF-21

Ia adalah sebagai pertukaran untuk membina sejumlah pesawat KF-21 itu di Indonesia serta pemindahan teknologi.

Kegagalan Indonesia menjelaskan bayarannya telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak di Korea Selatan yang meminta kerajaan negara itu supaya membatalkan penyertaan Indonesia dan meneruskan program pembangunan pesawat pejuang KF-21 bersendirian.

Menurut ketua bagi agensi Defense Acquisition Program Administration (DAPA) Korea Selatan Eom Dong Hwan,  kali terakhir Indonesia melakukan bayaran bagi penyertaannya dalam program pembangunan pesawat pejuang KF-21 itu adalah pada 2017, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu.

Menurut Eom, Indonesia hanya telah menjelaskan kira-kira 30 peratus daripada bayaran yang perlu dibuatnya kepada Korea Selatan.

Media Korea Selatan mendakwa Indonesia telah gagal melunaskan bayaran sebanyak US$671 juta (RM2.7 bilion) daripada US$1.3 bilion (RM5.3 bilion) bayaran keseluruhan terhadap program pesawat yang dijanjikannya, dengan menjadikan masalah kewangan negara itu sebagai alasan utamanya. 

KF-21
Bendera Indonesia “hilang” pada prototaip pesawat pejuang KF-21.

 

Bagaimanapun laporan oleh portal pertahanan Janes pada bulan ini mengatakan bahawa Indonesia telah mula melakukan pembayaran semula selepas tiga tahun.

Portal itu mengatakan bahawa pada 1 Nov lepas, Indonesia telah melakukan pembayaran sebanyak US$6.63 juta (RM26.52 juta)

Spekulasi tentang pembabitan Indonesia dalam program pesawat pejuang bertambah hangat baru-baru ini ketika Presiden Korea Selatan Yoon-seuk Yul melakukan lawatan ke kemudahan syarikat KAI untuk mendedahkanprototaip kelima pesawat pejuang KF-21 “Boramae”.

Apa yang menarik perhatian pemerhati pada majlis itu adalah “kehilangan” bendera Indonesia pada prototaip pesawat KF-21 yang kelima itu.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Kehilangan” bendera Indonesia itu menimbulkan persoalan dikalangan pemerhati pertahanan sama ada ia disebabkan oleh kegagalan Jakarta melunaskan bayaran yang sepatut dibuatnya sebagai rakan kerjasama Korea Selatan untuk program pembangunan pesawat pejuang KF-21.

Mengapa Poland?

Sejak kebelakangan ini, Poland muncul sebagai pelanggan terbesar sistem persenjataan buatan Industri pertahanan Korea Selatan dengan kira-kira US$12 bilion (RM48 bilion) untuk membeli kereta kebal K-2 Black Panther, pesawat pejuang ringan FA-50,sistem meriam bergerak K-9 dan sistem roket “Chunmoo.”

Kontrak-kontrak yang diterima daripada Poland telah menjadikan Korea Selatan di antara negara pengeksport senjata terbesar di dunia tahun ini. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...