Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Firma Korea Selatan Intai Peluang Bekal Sistem MERAD “KM-SAM” Pada TUDM

Persaingan untuk membekalkan sistem Medium Range Air Defence System (MERAD) atau Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana kepada TUDM juga disertai oleh firma pertahanan terkemuka Korea Selatan,  LIG Nex1 yang menawarkan sistem MERAD  dibangunkan mereka sendiri iaitu KM-SAM.

0 4,059

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya persaingan untuk untuk membekalkan Sistem Medium Range Air Defence System (MERAD – Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sememangnya sengit, dengan pelbagai syarikat antarabangsa tmenunjukkan minat untuk memenuhi keperluan Malaysia.

 Pada pameran DSA 2022  yang berlangsung pada Mac lalu, syarikat Kongsberg Defence and Aerospace daripada Norway telah tampil ke depan untuk menawarkan sistem MERAD dibangunkan mereka iaitu “Norwegian Advanced Surface to Air Missile System) atau NASAM kepada TUDM.

Admin juga dimaklumkan persaingan untuk membekalkan sistem MERAD kepada TUDM juga disertai oleh firma pertahanan terkemuka Korea Selatan,  LIG Nex1 yang menawarkan sistem MERAD  dibangunkan mereka sendiri iaitu KM-SAM.

Syarikat Korea Selatan itu turut membawa model sistem pertahanan udara berkeupayaan tinggi itu pada pameran DSA 2022.

Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

KS-SAM
Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana “KM-SAM” sedang beraksi.

 

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung” merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

Tentera Korea Selatan menggunakan sistem KM-SAM (Cheongung Block-1) ini untuk menggantikan sistem pertahanan udara MIM-23 HAWK.

Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit.

KS-SAM
Transporter Erector Launcher (TEL) yang membawa peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM”.

 

Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM boleh membedil sasaran udara setinggi 15km (49,000 kaki) pada jarak sejauh 40 km.

Pada tahun ini juga, syarikat LIG Nex1 telah berjaya menempa kejayaan yang besar apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani kontrak bernilai US$3.5 billion (RM14.7 bilion) untuk memperoleh sistem KM-SAM ini.

KS-SAM
Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM ini berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.

 

Ia menunjukkan tahap keyakinan tinggi pada kemajuan teknologi yang digunapakai sistem Korea Selatan ini berbanding sistem MERAD yang lain sehingga UAE sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memperolehi sistem itu.

Arab Saudi juga dikatakan dalam fasa rundingan akhir bagi memperoleh sistem KM-SAM yang sama.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat permohonan untuk memperolehi satu bateri Sistem Misil Pertahanan Udara Jarak Sederhana (MERAD – Medium Range Air Defence) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Bagaimanapun Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, permohonan itu masih belum diluluskan di peringkat Kementerian Kewangan.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bercakap dalam temuramah sebuah majalah pertahanan berbahasa Melayu tempatan pada pertengahan tahun ini, beliau berkata, mengikut perancangan TUDM memohon satu bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana dalam setiap Rancangan Malaysia.

“Permohonan perolehan satu Bateri MERAD di dalam setiap RMK bermula RMKe-12 sehingga RMKe-15 bagi melengkapkan keperluan satu rejimen MERAD (4 Bateri). Buat masa ini permohonan 1 x Bateri di dalam RMKe-12 masih belum diluluskan di peringkat MOF (Kementerian Kewangan),” kata beliau dalam temuramah itu.

Mengikut perancangan pembangunan CAP 55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).

Perolehan sistem MERAD itu adalah untuk mengukuhkan sistem pertahanan udara negara yang pada ketika ini hanya bergantung kepada beberapa sistem pertahanan udara jarak dekat seperti Igla, FN6, Rapier, Jernas dan Starstreak.  — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...