Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Latihan Elangaroo Tambah Baik Integrasi Kuasa Udara, Kesiapsiagaan TUDM-RAAF

Latihan Elangaroo pada tahun ini menyaksikan penyertaan buat pertama kali pesawat pejuang generasi kelima F-35A Lighting II daripada No 75 Skuadron yang berpengkalan di Pangkalan RAAF di Tindal, Australia serta pesawat C-27J Spartan milik tentera udara negara itu.

0 2,446

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Latihan Elangaroo 2022 yang sedang berlangsung di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) bermatlamat menguji dan menambah-baik integrasi kuasa udara dan kesiapsiagaan di antara tentera udara kedua-dua negara.

Pengarah Bersama Latihan Elangaroo Group Captain Ravinder Singh RAAF dipetik sebagai berkata dalam laman web Kementerian Pertahanan Australia bahawa latihan itu merupakan interaksi di antara pesawat-pesawat pejuang.

Latihan Elangaroo pada tahun ini menyaksikan penyertaan buat pertama kali pesawat pejuang generasi kelima F-35A Lighting II daripada No 75 Skuadron yang berpengkalan di Pangkalan RAAF di Tindal, Australia serta pesawat C-27J Spartan milik tentera udara negara itu.

RAAF menghantar enam buah pesawat pejuang F-35A untuk menyertai latihan udara itu, yang juga merupakan misi luar Australia yang pertama buat pesawat canggih itu yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 “Australia dan Malaysia memiliki hubungan yang lama dan sejarah mengadakan latihan tentera bersama. Latihan Elangaroo menyaksikan kembalinya No 75 Skuadron RAAF ke ‘rumah lamanya’ di Butterworth, dimana ia menghabiskan 16 tahun tinggal dan bekerja disamping TUDM daripada 1967 hingga 1983.”

Elangaroo
Pesawat F-35A milik RAAF daripada No 75 Skuadron Pangkalan Udara Tindal sedang menuju ke Butterworth. (kredit Australian Government Defence)

 

“Latihan (Elangaroo) ini akan menyaksikan integrasi pelbagai plaform kombat udara merentasi geografi dan cuaca yang mencabar di Semenanjung Malaysia,” kata Ravinder.  

Krew akan menggunakan aset-aset taktikal milik TUDM dan RAAF termasuk untuk misi-misi serangan dan kawalan udara, sekaligus mengukuhkan persefahaman baik yang wujud di antara kedua-dua negara, kata beliau.

Ravinder juga berkata bahawa Latihan Elangaroo adalah amat penting untuk memastikan RAAF bersedia untuk memberi tindak balas dan bantuan kepada komitmen sedia ada terhadap kestabilan serantau di Indo-Pasifik.

Elangaroo
Tiga buah pesawat F-35A milik daripada No 75 Skuadron Pangkalan Udara Tindal sedang menuju ke Butterworth. (kredit Australian Government Defence)

 

Latihan dan usaha integrasi ketika Latihan Elangaroo 2022 akan menyokong secara langsung  kemampuan RAAF untuk melaksanakan operasi.

“Latihan Elangaroo akan mengukuhkan lagi kemampuan kita (RAAF) untuk menonjolkan kuasa udara di dalam notis yang pendek.”

“Kerahan kekuatan secara berkesan dan bersepu memerlukan perancangan dan latihan yang teliti bagi memastikan sekiranya ia benar-benar berlaku, usaha kita adalah berkesan dan effektif,” kata Ravinder.

Elangaroo
Commander of Air Combat Group, Air Commodore Timothy Alsop (right) presents Royal Malaysian Air Force Brigadier General Abdul Halim Bin Abu Hassan, Chief of Staff Air Region 1 HQ, with an Air Combat Group coin during Exercise Elangaroo 22. (kredit Australian Government Defence)

 

Latihan Elangaroo 2022 bermula pada 7 hingga 18 Nov.

TUDM dalam satu kenyataan baru-barui ini berkata, ia adalah detik bersejarah kepada tentera udara negara dan Pangkalan Udara Butterworth apabila pesawat F-35A RAAF itu mendarat di pangkalan udara terbabit pada 12.58 tengah hari 2 November lalu.

“Enam pesawat F-35A milik Royal Australian Air Force (RAAF) berlepas dari RAAF Tindal dan selamat tiba di Malaysia bersempena Eksesais ELANGAROO 22.,” menurut TUDM di dalam kenyataannya itu.

Elangaroo
Perasmian Latihan Elangaroo 2022. (kredit Australian Government Defence)

 

Delegasi peserta RAAF menurut TUDM akan berada di Malaysia untuk Eksesais ELANGAROO 22 yang merupakan eksesais bilateral bertujuan untuk mengukuhkan perkongsian dengan meningkatkan “combine readiness” dan “interoperability” bagi kedua-dua angkatan udara ini.

Eksesais ELANGAROO 22 akan dilaksanakan seiringan dengan Eksesais PARADISE 9/22.

TUDM juga telah mengeluarkan kenyataan agar orang ramai khususnya yang berada di Butterworth, Kuantan dan kawasan yang sekitar dengannya tidak merasa cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah di dalam tempoh eksesais bermula 7 Nov hingga 18 November 22. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...