Russia Lengkapkan Pesawat Pejuangnya Dengan R-37M, Jarak 300 KM
Moscow dikatakan telah meningkatkan penggunaan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh seperti R-37M bagi membolehkan ia berada di luar ruang udara tengah dan barat Ukraine yang dikawal ketat oleh sistem pertahanan udara Ukraine serta dipantau rapi oleh pesawat-pesawat amaran awal NATO.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Russia dikatakan telah melengkapkan pesawat pejuang Su-35 dan Su-30 miliknya dengan peluru berpandu udara-ke-udara “R-37M” (RVV-BD)yang boleh menembak jatuh sasaran udara sejauh 300km
Menurut Kementerian Pertahanan Russia, peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh yang tidak pernah digunakan sebelum ini telah digunakan oleh pesawat Su-30SM dan SU-35S untuk menembak jatuh pesawat pejuang Ukraine pada 1 November.
Pihak berkuasa Russia turut telah menyiarkan penggunaan peluru berpandu terbabit oleh pesawat itu.
Menurut pemerhati ketenteraan antarabangsa, ini adalah kali pertama mereka melihat peluru berpandu udara-ke-udara R-37B digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Russia pada konflik bersenjata di Ukraine.
Pada Oktober lepas, terdapat laporan media mengatakan pesawat pejuang Su-27 milik Tentera Udara Ukraine telah berjaya ditembak jatuh oleh peluru berpandu R-37M yang dilancarkan oleh pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57.
Insiden itu bagaimanapun tidak dapat disahkan oleh Kementerian Pertahanan Russia.
Moscow dikatakan telah meningkatkan penggunaan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh seperti R-37M bagi membolehkan pesawat pejuangnya berada di luar ruang udara tengah dan barat Ukraine yang dikawal ketat oleh sistem pertahanan udara Ukraine serta dipantau rapi oleh pesawat-pesawat amaran awal NATO.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh R-37M (RVV-BD) atau AA-13 adalah peluru berpandu moden, dengan komponennya dihasilkan di dalam Russia.
Ia dihasilkan oleh firma Russia terkenal dalam pembangunan sistem peluru berpandu udara-ke-udara iaitu Vympel.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh R-37 itu pada mulanya dibangunkan pada 1980-an untuk pesawat pejuang altitud tinggi, MiG-31 manakala varian terkininya, R-37M mula dibangunkan pada awal tahun 2000.
Comments are closed.