Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Tempatkan Pesawat Pengebom B-52 Di Australia, Beijing Marah

Tindakan Amerika dan Australia menempatkan pesawat pengebom jarak jauh B-52 itu telah mengundang kritikan keras daripada China yang mengatakan kehadiran pesawat pengbom B-52 "Stratofortress" itu akan hanya meningkatkan ketegangan di rantau itu.

0 1,889

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat akan menempatkan enam buah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress” di sebuah pangkalan udara di utara Australia, suatu tindakan yang Pentagon sifatkan sebagai mesej yang jelas yang ditujukan kepada “negara tertentu” di rantau.

Tindakan Amerika dan Australia berkenaan penempatan pesawat pengebom jarak jauh  itu telah mengundang kritikan keras daripada China yang mengatakan kehadiran pesawat B-52 itu akan hanya meningkatkan ketegangan di rantau itu.

“Tindakan Amerika Syarikat telah meningkatkan ketegangan di rantau, memburukkan lagi keamanan dan kestabilan serta mencetus perlumbaan senjata,” kata jurucakap Kementerian Luar China Zhao Lijian.

Menurut program televisyen “Four Corners” terbitan stesen televisyen Australian Broadcasting Corp, keenam-enam pesawat pengebom jarak jauh itu akan ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Australia Tindal di utara negara itu.

Setiausaha Pentagon Brig Jen Pat Ryder berkata Amerika Syarikat memiliki hubungan yang rapat dengan Australia dan bukan sesuatu yang aneh untuk mengerah pesawat tentera untuk terlibat dalam latihan bersama dengan tentera negara itu.

B-52

Beliau juga berkata kerahan pesawat B-52 itu juga memberikan mesej kepada negara tertentu di rantau itu bahawa Washington memiliki keupayaan untuk menangani apa-apa kecemasan di pelbagai lokasi di dunia.

Kerahan pesawat pengebom B-52 ke Australia berlaku pada ketika ketegangan di Selat Taiwan semakin memuncak, selain tindakan rejim Korea Utara melancarkan pelbagai ujian peluru berpandu dan latihan tentera.

Pesawat pengebom B-52 mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1952.

Pesawat B-52 merupakan platform utama senjata nuklear dan konvensional strategik bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Berusia 70 tahun pada ketika ini, pesawat B-52 digunakan secara ekstensif oleh Tentera Udara Amerika Syarikat walapun tentera udara itu memiliki pesawat pengebom strategik yang lain seperti B-1 Lancer dan B-2 Spirit.

TUDM
Sebuah pesawat Hawk208 TUDM mengiringi pesawat pengebom B-52 ketika latihan antara TUDM dengan US PACAF (kredit US PACAF)

 

Pada ketika ini, Amerika Syarikat kerap mengerah pesawat-pesawat pengebom B-52 dalam misi Bombers Task Mission ke Indo-Pasifik.

Amerika Syarikat masih mempunyai kira-kira 58 buah pesawat pengebom strategik B-52 yang berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat ketika ini, dengan 18 buah pesawat di dalam simpanan dan 12 buah pesawat dalam stor.

Keseluruhannya Amerika Syarikat membina sebanyak 744 buah pesawat pengebom strategik B-52 untuk kegunaannya.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Direkabentuk pada mulanya sebagai pesawat pengebom berkelajuan dan ber-altitud tinggi, B-52 pada ketika ini memiliki keupayaan untuk membawa dan melancarkan peluru berpandu AGM-86B Air-Launched Cruise Missile (ALCM).

“Pesawat B-52 telah dan akan terus menjadi sebahagian daripada komponen kepada triad nuklear angkatan tentera Amerika Syarikat,” menurut kenyataan daripada Global Strike Command Tentera Udara negara itu yang bertanggungjawab menentukan operasi pengeboman strategik dan jarak jauh. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...