Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kejayaan Eksport Rafale Timbulkan Masalah Pada Tentera Udara Perancis

Disebabkan kejayaan eksport pesawat pejuang Rafale di pasaran antarabangsa, juruterbang pesawat pejuang itu di dalam Tentera Udara Perancis kini berhadapan dengan masalah kekurangan jam penerbangan sehingga tidak menepati standard yang ditetapkan oleh NATO.

0 5,834

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kejayaan eksport pesawat pejuang Rafale sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan masalah terhadap juruterbang-juruterbang pesawat itu di dalam Tentera Udara Perancis, yang melihat jam penerbangan dengan pesawat pejuang itu semakin menurun.

Disebabkan kejayaan eksport pesawat pejuang Rafale di pasaran antarabangsa, juruterbang pesawat pejuang itu di dalam Tentera Udara Perancis kini berhadapan dengan masalah kekurangan jam penerbangan sehingga tidak menepati standard yang ditetapkan oleh NATO.

Dalam satu laporan kepada Parlimen Perancis baru-baru ini, juruterbang-juruterbang pesawat Rafale tentera udara negara itu hanya dijangka menerbangkan pesawat itu selama 147 jam pada tahun 2023 berbanding 162 jam pada tahun ini.

Rafale F4-1
Pesawat Rafale varian F4-1

 

Ia masih tidak menepati standard yang digariskan oleh NATO yang menghendaki setiap juruterbang untuk terbang selama 180 jam setahun.

Anggota parlimen Perancis Frank Giletti yang menyiapkan laporan itu mengatakan kekurangan jam penerbangan yang dialami oleh juruterbang pesawat Rafale Tentera Udara Perancis itu amat berbahaya pada ketika konteks strategik memerlukan juruterbang-juruterbang pesawat kombat negara itu lebih bersiap-sedia.

Kementerian Angkatan Tentera Perancis dalam reaksinya terhadapa laporan oleh Giletti itu berkata bahawa kekurangan jam penerbangan dialami oleh juruterbang pesawat Rafale berpunca daripada kekurangan pesawat pejuang itu yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

Ia berkata keadaan dialami oleh juruterbang pesawat Rafale Tentera Udara Perancis itu sebahagian besarnya berpunca daripada tindakan menjual Rafale kepada Croatia yang menghadkan jumlah pesawat itu di dalam tentera udara.

Pada Nov tahun lepas, kerajaan Croatia menandatangani perjanjian bernilai US$1.1 bilion dengan Perancis untuk membeli 12 buah pesawat pejuang Rafale F-3R yang digunakan oleh Tentera Udara Perancis.

Damocles

Kesemua 12 buah pesawat pejuang terpakai Rafale itu akan diserahkan kepada Croatia pada tahun depan.

Sebelum penjualan pesawat pejuang terpakai Rafale kepada Croatia, kerajaan Perancis juga menandatangani perjanjian dengan Greek pada Januari 2021 untuk menjual 24 buah pesawat pejuang Omnirole itu.

Sebanyak 12 buah daripada pesawat Rafale yang dibeli oleh Greek itu merupakan pesawat-pesawat yang sedang digunakan oleh Tentera Udara Perancis manakala selebihnya adalah pesawat baru.

Untuk menggantikan 24 buah pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Perancis yang “hilang” kepada Greek dan Croatia, Kementerian Angkatan Tentera negara dijangka akan membeli 40 buah pesawat Rafale varian termoden iaitu F4 pada tahun depan.

Rafale
Paderi memberikan restu kepada pesawat-pesawat Rafale yang baru diterima oleh Greek.

 

Bagaimanapun Tentera Udara Perancis dijangka akan hanya mula menerima 40 buah pesawat Rafale baru itu pada tahun 2027.

Selain itu, kejayaan eksport pesawat Rafale terutamanya penjualan 80 buah pesawat itu kepada Emiriah Arab Bersatu dan 36 buah kepada Indonesia, bermakna syarikat Dassault Aviation juga berhadapan dengan tekanan untuk meningkatkan pengeluaran pesawat itu bagi memenuhi permintaan daripada luar dan dalam negara.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada Julai lepas, Timbalan Ketua Staf Tentera Udara Perancis memberitahu Parlimen negara itu bahawa masalah kekurangan jam penerbangan yang dialami oleh juruterbang pesawat Rafale negara itu akan berterusan selama dua tahun lagi.

Katanya lagi, keadaan masih lagi boleh diterima sekiranya pesawat-pesawat baru yang dipesan itu diterima tepat pada masanya. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...