Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KAI Penuhi Semua “Requirement” TUDM – Sumber

Defence Security Asia dimaklumkan bahawa penilaian fizikal serta ujian penerbangan pesawat itu telah berlangsung dengan lancar di Korea Selatan minggu lepas, dengan pihak KAI berjaya memenuhi segala kehendak (requirement) yang digariskan oleh TUDM.

0 10,538

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun selesai menjalankan penilaian fizikal terhadap pesawat pejuang ringan terhadap pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).

Defence Security Asia dimaklumkan bahawa penilaian fizikal serta ujian penerbangan pesawat itu telah berlangsung dengan lancar di Korea Selatan minggu lepas.

“KAI is able to achieve all requirement dari TUDM,” menurut sumber terbabit kepada Defence Security Asia, sambil menambah bahawa proses penilaian meliputi aspek pengesahan dokumen tender, certification dan aspek penilaian penerbangan pesawat FA-50 itu.

FA-50

Beberapa keping gambar delegasi TUDM semasa melaksanakan penilaian terhadap pesawat FA-50 idi Korea Selatan tu turut admin sertakan di dalam laporan ini.

Terima kasih kepada penyumbang gambar-gambar eksklusif berkenaan kerana sudi berkongsi.

Minggu lepas sumber memberitahu Defence Security Asia bahawa kumpulan pegawai penilai TUDM itu tiba di Korea Selatan pada 17 Okt dan telah dibawa ke kemudahan KAI untuk memulakan penilaian fizikal mereka terhadap pesawat pejuang ringan itu.

“Mereka turut meninjau kemampuan pesawat FA-50 itu menerusi sesi penilaian penerbangan,” kata sumber itu dan menambah bahawa pesawat FA-50 itu adalah milik Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF).

FA-50

Pegawai-pegawai TUDM itu mengunjungi pangkalan udara 8th Fighter Wing di Wonju, Gangwo-do.

“Fasa penilaian fizikal (pesawat FA-50) telah selesai dan mereka (pasukan penilaian fizikal TUDM) akan melaksanakan penilaian penerbangan di Wonju,” kata sumber itu kepada Defence Security Asia.

Dalam penilaian penerbangan itu, pegawai TUDM turut dibawa menaiki pesawat FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan.

Fasa penilaian penerbangan itu akan menggunakan pesawat FA-50 Block 10 milik ROKAF memandangkan pesawat FA-50 Block 20 itu masih dibangunkan oleh KAI dengan Poland sebagai pengguna pertamanya.

FA-50

Sementara itu Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein ketika ditemui pemberita beberapa hari lalu berkata bahawa kementeriannya telah menyerahkan laporan berhubung perolehan 36 pesawat tempur ringan (Light Combat Aircraft -LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya. 

Setakat ini katanya, penilaian fizikal dan rundingan harga telah selesai dan hanya menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan. 

“Memang kita perlukan LCA dan percaya tidak akan timbul masalah sekiranya saya guna kaedah sebelum ini, iaitu aset yang ditentukan oleh end user sendiri (TUDM), ini janji saya kepada Air Force,” katanya sebagaimana dipetik oleh Bernama.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Negara dijangka membelanjakan di antara RM4 bilion hingga RM8 bilion untuk memperolehi 36 buah pesawat pejuang ringan menerusi dua fasa perolehan bagi menggantikan pesawat pejuang MiG-29N, Hawk 100, Hawk 200 serta Aermacchi MB-339.

Setakat ini tiada petanda bila Kementerian Pertahanan akan mengumumkan pemenang tender untuk membekalkan pesawat pejuang ringan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...