“Detailed Design” Kapal LCS TLDM Siap 94 Peratus, Baki 6 Peratus Libat “Non-Critical”
Kementerian Pertahanan sedang giat berunding dengan Boustead Naval Shipyard dan Naval Group daripada Perancis supaya rekabentuk kapal perang paling moden negara itu dapat memenuhi keperluan TLDM sebagai pengguna akhirnya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Rekabentuk Terperinci (Detailed Design) kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah siap 94 peratus, menurut Timbalan Menteri Pertahanan.
Menurut Ikmal Hisham Abdul Aziz, baki enam peratus Rekabentuk Terperinci kapal perang terbabit yang masih belum siap itu hanya melibatkan rekabentuk zon-zon tidak kritikal yang terletak di atas permukaan air.
“Kementerian Pertahanan fokus untuk memastikan Boustead Naval Shipyard dapat menyelesaikan Detailed Design (Rekabentuk Terperinci) kapal LCS dapat diselesaikan serentak dengan pembinaan kapal,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, rekabentuk terperinci kapal LCS yang telah siap 94 peratus itu melibatkan “critical zone” iaitu di bawah permukaan air telah siap.
Sementara itu beliau juga berkata bahawa Naval Group daripada Perancis bakal menghantar pasukan teknikalnya ke Malaysia pada bulan ini untuk melakukan audit terhadap Rekabentuk Terperinci kapal LCS terbabit.
Ikmal juga berkata bahawa Kementerian Pertahanan sedang giat berunding dengan Boustead dan Naval Group daripada Perancis supaya rekabentuk kapal perang paling moden negara itu dapat memenuhi keperluan TLDM sebagai pengguna akhirnya.
Beberapa hari lepas, Menteri Pertahanan mengatakan bahawa kapal LCS1 dijangka akan siap dibina dalam tempoh dua tahun.
Menurutnya, pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) akan disambung semula, sebaik semua rundingan dalam fasa mobilisasi yang sedang berlangsung selama enam bulan sejak Jun lalu, selesai penghujung Disember kelak,

Katanya, selepas fasa mobilisasi selesai penghujung tahun ini, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan pembinaan kapal pertama LCS disiapkan.
Selain itu kapal juga perlu berada di permukaan air sebelum menjalani trial seperti ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’.
Comments are closed.