Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Krisis Tenaga Buatkan Jerman Kembali “Mesra” Dengan Arab Saudi, UAE

Dengan penarikan balik larangan eksport komponen ketenteraan oleh Jerman itu, Arab Saudi dibenarkan kembali untuk membeli peralatan dan senjata untuk pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dan Panavia Tornado yang digunakan oleh tentera udara negara Arab itu.

0 2,480

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jerman terpaksa menarik balik larangan eksport komponen ketenteraan terhadap Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketika ia berdepan dengan krisis tenaga paling buruk dihadapinya akibat konflik di antara Ukraine dengan Russia.

Russia merupakan pembekal tenaga terbesar kepada Jerman dan juga keseluruhan Eropah.

Kerajaan Jerman berharap menerusi penarikan balik larangan eksport komponen ketenteraan itu akan membolehkan ia memperolehi bekalan tenaga daripada Arab Saudi dan UAE dengan terma-terma yang lebih baik.

Typhoon

Larangan eksport komponen ketenteraan Jerman dikenakan terhadap Arab Saudi dan UAE pada 2018 berikutan penglibatan kedua-dua negara itu dalam konflik dengan Yemen sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan dan pembunuhan wartawan warga Arab Saudi di Turki.

Dengan penarikan balik larangan eksport komponen ketenteraan Jerman itu, Arab Saudi dibenarkan kembali untuk membeli peralatan dan senjata untuk pesawat-pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dan Panavia Tornado yang digunakan oleh tentera udara negara Arab itu.

Arab Saudi juga diberikan kebenaran membeli alat ganti bagi pesawat Airbus A330 MRTT yang dibuat oleh syarikat Jerman.

Pada 2012, eksport senjata dan komponen ketenteraan Jerman kepada Arab Saudi berjumlah lebih daripada RM5 bilion.

Pada 2007, Arab Saudi memperolehi 72 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon manakala pada 2018, ia bercadang menambah pemilikan sebanyak 48 buah  pesawat pejuang itu lagi.

Tornado
Pesawat Panavia Tornado Tentera Udara Arab Saudi

 

Negara Arab itu juga memiliki 81 buah pesawat pejuang Panavia Tornado.

Jerman dan negara-negara Eropah yang bergantung dengan bekalan tenaga, terutamanya gas asli dari Russia sedang berhadapan dengan krisis tenaga paling buruk, dengan musim sejuk bakal tiba tidak lama lagi.

Krisis tenaga Eropah semakin buruk dengan penutupan saluran paip minyak Nord Stream di antara Russia dan Jerman akibat “tindakan sabotaj” sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Negara-negara Eropah memerlukan sumber bekalan tenaga yang baru selain daripada Russia, membuatkan Jerman kembali “bermesra” dengan Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain.

Jerman amat bergantung kepada bekalan tenaga daripada Russia.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bagaimanapun akibat konflik di antara Moscow dan Kiev telah menyebabkan bekalan tenaga daripada Russia berkurangan menyebabkan peningkatan mendadak harga gas dan elektrik di Jerman dan kota-kota lain di Eropah.

Peningkatan harga gas dan elektrik yang amat tinggi telah menyebabkan inflasi yang tinggi di Eropah, selain membebankan isi rumah dan kilang-kilang yang menjadi “enjin” kepada ekonomi benua itu.

Peningkatan harga gas asli itu juga bakal membuatkan ekonomi negara-negara Eropah mengalami kemelesetan yang buruk pada tahun depan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...