Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peruntukan Untuk Pertahanan Negara Perlu Dikaji Semula – Panglima TLDM

Menurut Panglima TLDM, hanya dengan pembangunan aset pertahanan yang mampan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dapat bersaing dan meningkatkan keupayaan cegah rintang yang menjadi faktor kritikal dalam menjamin kedaulatan negara.

0 5,691

 (DEFENCE SECURITY ASIA) – – Peruntukan untuk sektor pertahanan Malaysia perlu dikaji semula supaya ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  Laksamana Mohd Reza Mohd Sany. 

Pada Belanjawan 2022 yang diumumkan pada akhir Oktober tahun lepas, Kementerian Pertahanan diberikan peruntukan sebanyak RM16.14 bilion.

Menurut Mohd Reza, hanya dengan pembangunan aset pertahanan yang mampan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dapat bersaing dan meningkatkan keupayaan cegah rintang yang menjadi faktor kritikal dalam menjamin kedaulatan negara.

TLDM

Mohd Reza berkata demikian semasa menjadi panel jemputan “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022 semalam. 

Menurut Mohd Reza dalam menangani pelbagai ancaman yang bakal muncul kesiagaan dan keupayaan ATM perlu  berada di tahap yang tertinggi pada setiap masa.

Beliau berkata pembangunan kuasa ketenteraan yang mampan amat diperlukan walaupun akan mengambil masa yang lama di samping pelaburan yang signifikan.

 “Oleh itu, perancangan perolehan yang ampuh perlu direalisasikan sepenuhnya mulai sekarang bagi membolehkan keupayaan cegah rintang ATM mampu memelihara kedaulatan negara,” katanya.

Sementara itu, Mohd Reza berkata segala situasi yang mungkin memberi ancaman terhadap kedaulatan negara memerlukan tindakan “Whole Government, Whole of Society” (WoGoS).

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

“Konsep WoGoS ini penting bagi memantapkan lagi aspek pemeliharaan kedaulatan melalui pendekatan keselamatan menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Dasar Keselamatan Negara ‪2021-2025,” katanya.

Peruntukan Operasi bagi pertahanan untuk 2022 adalah RM11.05 bilion, sedikit pengurangan berbanding RM11.35 bilion yang diterima mereka tahun lepas.

Manakala Peruntukan Pembangunan mencatat peningkatan sebanyak RM400 juta kepada RM5.04 bilion berbanding hanya RM4.5 bilion pada tahun lepas.

Negara jiran terdekat kita, Singapura telah mengumumkan anggaran belanjawan pertahanan mereka untuk tahun 2022 berjumlah US$16.36 bilion (RM65.44 bilion) yang merupakan peningkatan sebanyak 6.5 peratus berbanding pada tahun lepas.

 Indonesia pula memperuntukkan sebanyak US$9.3 bilion atau RM37.2 bilion untuk bidang pertahanan negara itu pada 2023, berkemungkinan untuk membiayai beberapa perolehan seperti pesawat Rafale, F-15EX dan lain-lain lagi.

F-16
Pesawat F-16 Singapura di salah sebuah pangkalan udara negara itu.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Peruntukan pertahanan Indonesia pada tahun depan itu adalah peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding kajian semula peruntukan pertahanan pada tahun lepas.

Kementerian Kewangan Indonesia itu mengatakan bahawa belanjawan pertahanan sebanyak RM37.2 bilion itu adalah untuk mencapai objektif Minimun Essential Force (MEF) negara itu.

 Thailand pula telah pun mengumumkan peruntukan sebanyak US$6.5 bilion (RM26 bilion) pada tahun depan untuk ketiga-tiga cabang angkatan tenteranya.

tldm
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  Laksamana Mohd Reza Mohd Sany. 

 

Kira-kira 50 peratus daripada belanjawan pertahanan Thailand pada 2022 itu akan dibelanjakan untuk Tentera Darat manakala selebihnya akan dikongsi Bersama oleh Tentera Udara dan Tentera Laut negara itu.

Sementara itu bagi Vietnam pula, walaupun tiada angka yang tepat bagi belanjawan pertahanannya untuk tahun ini, tetapi ia dianggarkan adalah sebanyak US$5.6 bilion (RM22.4 bilion), manakala bagi Filipina pula, belanjawan pertahanan negara itu pada tahun ini adalah sebanyak US$4.39 bilion (RM17.56 bilion). — DSA

 

 

 

Comments
Loading...