Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PM Dijangka Ke Turkiye Tidak Lama Lagi, Bakal Perkukuh Hubungan Pertahanan

Adakah kunjungan Perdana Menteri ke Turkiye tidak lama lagi itu membawa maksud bahawa Malaysia bakal menjalin hubungan lebih erat dengan negara Mediterranean itu dengan memperolehi beberapa sistem pertahanan buatan syarikat-syarikat Turki tidak lama lagi?

2,017

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melakukan lawatan ke Turkiye tidak lama lagi, dengan antara agenda yang bakal dibawanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua negara di dalam bidang pertahanan.

Menerusi coretannya di dalam akaun Facebooknya hari ini, Ismail mengesahkan perkara itu selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Turkiye ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci dipejabatnya hari ini.

Malaysia-Turkiye kata Perdana Menteri akan memperkuatkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi.

Turkiye
Perdana Menteri dengan Duta Besar Turkiye ke Malaysia Dr Merve Kavakci di Putrajaya hari ini. (gambar kedutaan Turkiye)

 

Kerjasama pertahanan dan perkongsian teknologi merupakan antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat Duta Besar Turkiye bersama-sama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu.

“Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak dan Turkish Aerospace Industry (TAI) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil telah mempelawa saya untuk melawat kilang mereka di Turkiye.

“Mereka berminat menerokai peluang perkongsian teknologi khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa. Insya-Allah, kita akan memperkuatkan lagi kerjasama Malaysia-Turkiye,” menurut Perdana Menteri di dalam hantaran Facebook-nya itu.

Adakah kunjungan Perdana Menteri ke Turkiye tidak lama lagi itu membawa maksud bahawa Malaysia bakal menjalin hubungan lebih erat dengan negara Mediterranean itu dengan memperolehi beberapa sistem pertahanan buatan syarikat-syarikat Turki tidak lama lagi?

Mungkinkah Kementerian Pertahanan akan menandatangani perjanjian perolehan itu ketika lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye kelak?

Video kredit Pejabat Perdana Menteri Malaysia.

 

Sebagaimana yang kita tahu bahawa syarikat TAI merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan pesawat tanpa pemandu-Medium Altitude Long Endurance (MALE) “Anka” yang kini sedang bersaing dalam tender Kementerian Pertahanan bagi sistem itu.

“Anka” merupakan pesaing hebat untuk merebut kontrak pesawat tanpa pemandu-MALE Kementerian Pertahanan itu.

Selain TAI “Anka”, syarikat itu juga membangunkan helikopter tempur T129 “Atak” serta pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) “Hurjet” yang turut ditawarkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Hurjet
Pesawat FLIT/LCA “Hurjet” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI).

 

TAI juga sedang membangunkan pesawat generasi kelima (MMU atau sebelum ini dikenali sebagai TF-X), dengan pesawat prototaip pertama dijangka meninggalkan hangar pada tahun depan manakala penerbangan sulung pada 2026.

Pesawat gen-5 Turki itu bakal menggantikan pesawat-pesawat F-16 yang sudah berusia.

TFX
Pesawat TF-X dibangunkan oleh TAI.

 

Syarikat Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE)  merupakan syarikat milik penuh kerajaan Turki dimana 100 peratus pemegang sahamnya adalah Kementerian Pertahanan Turki manakala pengerusinya adalah Timbalan Menteri Pertahanan Turki.

MKE turut memegang 50 peratus saham di dalam Roketsan.

MKE dan syarikat Malaysia, MA Analytics berhasrat memperkenalkan sistem Yavuz SPH kepada Tentera Darat Malaysia. Yavuz 155mm SPH merupakan antara sistem artileri terkini yang canggih dan moden.

Ditubuhkan pada tahun 1453 masihi, MKE telah diamanahkan untuk membekalkan senjata, peluru dan meriam kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dan fungsi itu terus kekal sehingga ke hari ini dimana MKE masih kekal sebagai pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turki.

Yavuz
Sistem “MKE Yavuv” 155mm 52 Cal buatan syarikat MKE daripada Turki.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kini, MKE mempunyai 11 kilang senjata berat yang menghasilkan lebih 400 produk seperti senjata ringan dan berat, peluru, roket, bahan letupan dan lain-lain yang turut dieksport ke lebih 50 negara.

bagi kategori senjata berat, MKE menghasilkan pelbagai senjata berat termasuk sistem senjata 120mm bagi kereta kebal Altay, Boran 105mm towed howitzer, Panter 155mm towed howitzer (Panter), Firtina 155mm track Self Propelled Howitzer (Firtina SPH) dan Yavuz 155mm wheel Self Propelled Howitzer (Yavuz SPH).

Nama MKE kata beliau sememangnya tidak asing di dalam sistem persenjataan terutamanya howitzer.

Pada tahun 1994, MKE telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama ST Kinetics dari Singapura dan telah menghasilkan Panter manakala Singapura turut menghasilkan versinya yang tersendiri iaitu FH-2000 155mm 52 calibre towed howitzer. — DSA

 

 

 

 

Comments are closed.