Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Pengangkut Pesawat Ketiga China “Fujian” Dilancar, Menyamai “Super Carrier”

Kapal pengangkut pesawat ketiga China Type-003 yang dilancarkan di Shanghai hari ini itu dinamakan “Fujian”, sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan Taiwan yang masih dianggap sebagai sebahagian daripada China.

0 1,447

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut China hari ini melancarkan kapal pengangkut pesawatnya yang ketiga dan yang terbesar daripada segi saiznya, menyamai kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Ford dan Nimitz yang memiliki berat mencecah 100,000 tan (full load).

Kapal pengangkut pesawat ketiga China Type-003 yang dilancarkan di Shanghai hari ini itu dinamakan “Fujian”, sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan Taiwan yang masih dianggap sebagai sebahagian daripada China.

“Fujian” dilancarkan kira-kira 10 tahun selepas kapal-kapal pengangkut pesawat pertama dan keduanya, Liaoning dan Shandong yang berdasarkan kepada teknologi Soviet Union memasuki perkhidmatan tentera laut negara itu.

Fujian

Pada ketika ini, hanya Amerika Syarikat memiliki lebih banyak kapal pengangkut pesawat daripada China iaitu 11 buah yang beroperasi di seluruh dunia.

Perancis dan Britain masing-masing memiliki dua buah kapal pengangkut pesawat, manakala Russia hanya memiliki sebuah yang sedang diperbaiki.

Kapal pengangkut pesawat terbaru China itu sebagaimana kedua-dua yang awal tidak akan menggunakan kuasa nuklear.

China hanya bercadang melengkapkan kuasa nuklear pada kapal pengangkut pesawatnya yang keempat.

Fujian

Berbanding dengan kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat awal China iaitu Liaoning dan Shandong yang menggunakan teknologi Russia, “Fujian” akan banyak menggunakan teknologi Barat termasuk menggunakan kaedah “catapult” (Electromagnetic Aircraft Launch System – EMALS) untuk perlepasan pesawat.

Pada ketika ini, pesawat-pesawat yang berlepas daripada Liaoning dan Shandong menggunakan kaedah “ski jumps.”

Menurut pakar pertahanan Andreas Ruppercht, kehadiran kapal pengangkut pesawat terbaru China dengan saiz mencecah berat sehingga 100,000 tan itu memecah dominasi Amerika Syarikat dalam pembinaan kapal-kapal pengangkut pesawat yang dikategorikan sebagai “super carrier.”

Kapal-kapal pengangkut pesawat seperti daripada Britain, Perancis hanya sekitar 60,000 tan sahaja.

FC-31
Pesawat gen-5 “FC-31” yang dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Ia adalah satu langkah ke hadapan oleh tentera China. Ia telah berjaya menimba pengalaman berguna selama 10 tahun dalam mengoperasikan kapal pengangkut pesawat. Walaupun pengalaman dan pengetahuannya tidak dapat menandingi Amerika Syarikat tetapi ia adalah langkah pertama yang akan disusuli dengan ribuan langkah yang seterusnya.”

Mengenai pesawat yang akan beroperasi di “Fujian”, pesawat terbabit dijangka J-35 atau FC-31 yang sedang dibangunkan untuk beroperasi daripada kapal pengangkut pesawat.

J-35 itu adalah pesawat dua enjin dengan kemampuan halimunan. — DSA

Fujian

 

Comments
Loading...