Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-22 Raptor Tidak Kebal, Telah “Ditembak Jatuh” Oleh Rafale, Mirage 2000

Bagaimanapun dalam satu udara bertempat di Pangkalan Udara Al Dhahfra di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2009, pesawat F-22 Raptor itu bukan sahaja berjaya "ditembak jatuh" satu kali tetapi dua kali oleh pesawat Rafale dan Mirage 2000.

0 1,777

(DEFENCE SECURITY ASIA)Amerika Syarikat sering mewar-warkan kepada dunia bahawa pesawat pejuang halimunan generasi ke-lima miliknya F-22 Raptor  adalah “kebal” dan tidak boleh dikalahkan oleh pesawat pejuang lain sama ada dalam pertempuran udara atau latihan.

Tetapi adakah dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” pesawat “Air Dominance” F-22 Raptor itu tepat? Benarkah Raptor  yang  dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin dengan segala teknologi canggihnya serta halimunan pada radar pihak musuh tidak boleh ditundukkan?

Jawapannya adalah, dakwaan Amerika Syarikat tentang “kekebalan” Raptor itu mungkin tersasar sedikit kerana terdapat dakwaan mengatakan bahawa F-22 milik Amerika Syarikat itu pernah “ditembak jatuh” dalam suatu latihan udara tidak lama dahulu.

F-22 Raptor
Pesawat pejuang F-22 Raptor.

 

“Kekalahan”  yang dialami oleh pesawat F-22 Raptor itu didakwa berlaku pada November 2009 dalam satu latihan udara yang berlangsung di Pangkalan Udara Al Dhahfra di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 Bertempat di pangkalan udara milik Tentera Udara UAE itu, pesawat-pesawat F-22 Raptor daripada 1st Fighter Wing Tentera Udara Amerika di Virgina telah “bertembung” dengan pesawat-pesawat Rafale daripada Tentera Udara Perancis dan Eurofighter Typhoon daripada Tentera Udara British.

Turut sama dalam latihan adalah pesawat-pesawat pejuang Dassault Mirage 2000 Tentera Udara UAE.

F-22 Raptor

Dalam latihan pertempuran udara olok-olok,  dakwaan mengatakan bahawa sebuah pesawat Rafale Tentera Udara Perancis yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “MICA”  telah berjaya “menembak jatuh” sebuah Raptor dalam latihan itu.

Malah, ada pihak di dalam tentera udara Perancis telah mengeluarkan video diambil daripada kokpit pesawat itu yang menunjukkan pesawat Rafale berada di dalam kedudukan yang amat baik untuk melancarkan peluru berpandu “MICA” terhadap pesawat F-22 yang berada di dalam keadaan yang amat tertekan dalam latihan olok-olok itu.

Video itu dikeluarkan selepas pihak Tentera Udara Amerika Syarikat menafikan bahawa sebuah pesawat F-22 milik mereka telah berjaya “ditembak jatuh” oleh pesawat generasi 4.5 buatan Perancis yang dikatakan lebih berusia dan kurang moden berbanding Raptor.

F-22
F-22 Raptor

 

 

Amerika semestinya tidak mahu mengakui pesawat pejuang generasi kelimanya berjaya dijinakkan oleh pesawat pejuang generasi 4.5.

Pihak tentera udara Amerika Syarikat mendakwa tiada sebuah pun pesawat F-22 Raptor berjaya “ditembak” jatuh dalam latihan di UAE itu,.

Malah ia membuat dakwaan pula bahawa Raptor telah berjaya menembak jatuh sebanyak enam buah pesawat Rafale dalam pertembungan satu lawan satu dalam latihan terbabit manakala lima lagi pertempuran berakhir dalam seri.

F-22 Raptor

 Itu adalah “serangan balas” pihak tentera Amerika Syarikat apabila dakwaan F-22 ditembak jatuh pada latihan itu mula berlegar di dalam komuniti tentera udara antarabangsa.

Menerusi penyiaran video itu, Perancis mahu mengatakan bahawa pesawat Rafale adalah setanding dengan F-22 Raptor dan ia amat berguna dalam usaha pemasaran oleh pihak Dassault Aviation yang membangunkan pesawat Rafale.

Sebenarnya, bukan sahaja pesawat Rafale didakwa telah berjaya “menembak jatuh” Raptor dalam latihan di pangkalan udara Al Dhahfra, tetapi sebuah pesawat Mirage 2000 milik Tentera Udara UAE juga didakwa telah berjaya menembak jatuh pesawat pejuang yang dikatakan tercanggih di dunia pada ketika itu.

Sebenarnya menurut beberapa pemerhati pertahanan, pesawat F-22 sebenarnya telah pun berjaya dikalahkan oleh pesawat F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu latihan yang diadakan pada 2006.

Rafale
Pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

 

Kejayaan F-16 itu dikatakan diulangi oleh sebuah pesawat Growler pada 2008 atau 2008.

Seorang komander skuadron pesawat F-22 Raptor, Lt Kolonel Dirk Smith memberitahu sebuah majalah pertahanan bahawa tidak kira sebagus mana sesebuah pesawat itu, mana-mana juruterbang boleh membuat kesilapan.

Walau secanggih mana pesawat itu, ia tetap bergantung pada skill juruterbang itu sendiri.

Dalam satu lagi latihan udara pada 2012 di Alaska, sekumpulan juruterbang Tentera Udara Jerman yang menerbangkan pesawat pejuang Typhoon telah bertembung dengan pesawat Raptor dalam pertempuran jarak dekat.

Mirage
Pesawat Mirage 2000 milik Tentera Udara UAE

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Salah seorang juruterbang Jerman itu mengatakan tiada pesawat memiliki kelebihan dalam pertempuran udara jarak dekat.

Menurut juruterbang Jerman itu lagi, pesawat F-22 Raptor sukar ditandingi dalam pertembungan Beyond Visual Range (BVR) di altitude dan kelajuan yang tinggi dimana ia boleh menggunakan kecanggihan radarnya dan peluru berpandu udara-ke-udaranya yang boleh membedil sasaran dari jarak yang jauh.

 “Dalam pertempuran jarak dekat, pesawat F-22 yang lebih berat itu berada dalam kedudukan yang disadvantage,” katanya. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...