Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bantu Ukraine “Bunuh” Jeneral, Pegawai Kanan Tentera Russia

Tentera Ukraine mendakwa sejak bermulanya konflik ketenteraannya dengan Russia lebih daripada sebulan yang lalu, ia telah berjaya membunuh 12 orang jeneral tentera Russia dan ramai pegawai kanan tentera negara jirannya itu.

0 1,365

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat didakwa telah menyalurkan maklumat-maklumat perisikan yang penting untuk membantu tentera Ukraine melakukan serangan terhadap kedudukan jeneral-jeneral Russia serta pegawai kanannya yang menyebabkan mereka terbunuh atau cedera.

Di antara maklumat-maklumat perisikan yang disalurkan oleh Amerika Syarikat terhadap tentera Ukraine termasuklah kedudukan ibu pejabat bergerak tentera Russia, pintasan (intercept) perbualan tentera Russia serta jangkaan pergerakan mereka di medan peperangan di Ukraine.

Kenyataan itu adalah menurut pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat yang memberitahu akhbar The New York Times.

Gerosimov
Ketua Staf Angkatan Tentera Russia, Jeneral Valery Gerosimov.

 

Pegawai-pegawai tentera itu bagaimanapun enggan memberitahu berapa ramai jeneral tentera Russia yang telah berjaya dibunuh hasil maklumat perisikan yang disalurkan oleh Amerika Syarikat kepada tentera Ukraine.

Bagaimanapun tentera Ukraine mendakwa sejak bermulanya konflik ketenteraannya dengan Russia lebih daripada sebulan yang lalu, ia telah berjaya membunuh 12 orang jeneral tentera Russia dan ramai pegawai kanan tentera negara itu.

Maklumat daripada media-media persendirian di Russia pula mendakwa seramai 317 pegawai-pegawai kanan tentera Russia telah terbunuh di Ukraine.

Terbaru, persoalan masih belum terjawab tentang nasib pemerintah tertinggi angkatan tentera Russia Jeneral  Valery Gerasimov selepas Kiev menyerang pusat pemerintahan tentera Russia di Izyum yang terletak di timur Ukraine beberapa hari yang lalu.

Jeneral
Imej satellite kedudukan tentera Russia di Ukraine

 

Tentera Ukraine dipercayai mendapat maklumat perisikan tentang kehadiran pemerintah tentera Russia itu di Izyum.

Gerosimov dipercayai sedang melawat pusat pemerintahan itu sebelum tentera Ukraine melakukan serangan itu yang didakwa telah mengorbankan kira-kira 200 anggota tentera Russia.

Media-media Ukraine mendakwa pemerintah tertinggi tentera Russia itu mengalami kecederaan akibat serangan itu, tetapi tiada pengesahan sama ada daripada Moscow mengenai kedudukan terkini Gerosimov.

Menurut akhbar New York Times itu lagi, pihak tentera Amerika menggunakan satelit-satelit rahsia miliknya serta satelit komersial untuk menjejaki pengerakan jeneral serta pegawai kanan tentera Russia.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain maklumat-maklumat perisikan, Amerika Syarikat dan sekutunya turut membantu Ukraine dengan menyalurkan pelbagai jenis sistem persenjataan daripada peluru berpandu anti-kereta kebal sehingga meriam kepada tentera Ukraine.

Presiden Jo Biden telah berikrar untuk memberikan senjata-senjata bernilai US$30 bilion kepada tentera Ukraine dalam usahanya memerangi tentera Russia. — DSA

 

 

Comments
Loading...