Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kontrak Penjualan 50 Buah F-35 Kepada UAE “Nyawa-Nyawa Ikan”

Amerika Syarikat bimbang UAE tidak berupaya “memelihara” teknologi ketenteraan Amerika Syarikat daripada jatuh ke tangan musuh, apatah lagi ia mempunyai hubungan yang rapat dengan Beijing.

0 13,578

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun lepas, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk mendapatkan 50 buah pesawat pejuang generasi ke-lima F-35, dron dan pelbagai jenis senjata lain bernilai US$23.3 bilion (RM93.2 bilion).

Selain pesawat-pesawat F-35, perjanjian antara kedua negara sekutu itu juga melibatkan perolehan 18 buah dron MQ-9B Reaper dan pelbagai peluru berpandu udara-ke-udara serta darat-ke-udara.

Bagaimanapun perjanjian antara UAE dan Amerika Syarikat ketika Presiden Donald Trump itu diibaratkan seperti “nyawa-nyawa ikan” pada ketika ini selepas negara Teluk itu menghentikan kontrak itu bagi membolehkan ia mengkaji semula tentang kontrak itu.

Ia semuanya berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Presiden Jo Biden mengenakan syarat-syarat ketat kepada UAE di dalam usaha Washington untuk memelihara teknologi halimunan pesawat F-35 daripada jatuh ke tangan musuhnya.

Amerika bimbang kerana UAE mempunyai hubungan yang baik dengan China, dengan syarikat negara itu, Huawei mempunyai kontrak yang besar dengan negara Teluk itu dan Amerika Syarikat juga bimbang teknologi 5G syarikat China itu “menganggu” teknologi halimunan pesawat pejuang F-35 itu.

F-35

Selain hubungan UAE dengan Huawei, negara Teluk itu juga dikatakan mempunyai perjanjian dengan China yang membenarkan Beijing memiliki kemudahan tentera di pelabuhan negara itu.

Amerika Syarikat bimbang UAE tidak berupaya “memelihara” teknologi ketenteraan Amerika Syarikat daripada jatuh ke tangan musuh, apatah lagi ia mempunyai hubungan yang rapat dengan Beijing.

Laporan tentang perjanjian pembelian senjata antara Amerika Syarikat dan UAE yang disifatkan kini berada dalam keadaan “nyawa-nyawa ikan” itu muncul tidak dalam selepas negara Teluk itu memperolehi 80 buah pesawat pejuang Rafale bernilai US$19 bilion (RM76 bilion) daripada Perancis.

F-35

Menurut penganalisis serantau, UAE bertindak membeli pesawat pejuang Rafale daripada Perancis selepas Amerika Syarikat melengah-lengahkan urusan penjualan pesawat F-35 buatan syarikat Lockheed Martin kerana mahu negara Teluk itu membatalkan perjanjiannya 5G dengan Huawei.

Nampaknya UAE bukan sahaja tidak mahu membatalkan perjanjiannya dengan Huawei atau kebenaran bagi China membina kemudahan tentera di pelabuhannya di atas desakan Amerika Syarikat,  tetapi negara Teluk itu kini “mengugut” pula Washington untuk membatalkan pembelian F-35.

Amerika Syarikat kini “pening” dengan tindak-tanduk UAE yang nampaknya mahu mengekalkan Beijing sebagai rakan strategiknya.

Rafale
Pesawat Rafale

 

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa pentadbiran Jo Biden tetap komited terhadap kontrak penjualan pesawat pejuang F-35, dron dan pelbagai senjata kepada UAE itu.

Bagaimanapun ia mahu komitmen jelas daripada UAE mengenai beberapa perkara semasa penghantaran dan selepas penghantaran senjata-senjata itu.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...