Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Majalah Terkenal Amerika, “Forbes” Sifatkan TUDM “Pelik”. Kenapa?

Bagi majalah "Forbes" dan penulisnya David Axe, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah di antara tentera udara yang pelik di dunia (one of the world’s weirdest air forces) kerana mengoperasikan pelbagai pesawat pejuang keluaran beberapa syarikat daripada negara-negara yang berlainan.

0 31,664

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Sebuah pesawat pengebom B-52 “Stratofortress” United States Pacific Air Force (US PACAF) telah mengadakan latihan PASSEX (Passing Exercise) dengan pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada September tahun lepas di Selat Melaka dan latihan itu telah menarik perhatian “Forbes”, sebuah majalah yang terkenal di Amerika Syarikat.

Empat jenis pesawat TUDM  yang terlibat dalam eksesais tersebut adalah Sukhoi Su-30 MKM, F/A-18D Hornet, Hawk 208 dan pesawat pengangkut A400M “Atlas.”

Bagi majalah perniagaan terkenal Amerika Syarikat, “Forbes” dan penulisnya pertahanan dan aeroangkasanya, David Axe,  apa yang lebih menarik dilihat daripada latihan di Selat Melaka itu adalah bagaimana sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat telah “disambut” oleh kombinasi pesawat-pesawat pejuang yang dimiliki oleh TUDM.

 Pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat itu telah disambut oleh pesawat pejuang TUDM yang diperbuat oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat daripada Amerika Syarikat (F/A-18D), Russia (Sukhoi Su-30MKM), British (Hawk 208) dan Eropah (A400M Atlas).

 Penulis Forbes itu menyifatkan TUDM sebagai antara tentera udara paling pelik di dunia (one of the world’s weirdest air forces) kerana mengoperasikan pesawat pejuang yang berlainan jenis yang diperbuat oleh syarikat daripada pelbagai negara.

TUDM
Pesawat-pesawat TUDM mengadakan latihan PASSEX dengan pesawat B-52 Stratofortress Tentera Udara Amerika Syarikat Pasifik (US PACAF) tahun lepas. Gambar kredit TUDM

 

Admin tidak pasti sama ada komen beliau bahawa TUDM adalah “one of the world’s weirdest air forces” itu adalah satu pujian atau sebaliknya.  

Tetapi kita anggaplah ia hanya pandangan peribadi beliau.

“Kombinasi pesawat-pesawat pejuang, Hawk British, Su-30MKM Russia dan F/A-18D Amerika Syarikat adalah amat pelik. Kebanyakkan tentera udara cuba untuk meminimakan perbezaan pesawat di dalam perkhidmatan mereka untuk memastikan kos penyelenggaraan dan latihan pada tahap yang rendah,” menurut David dalam artikelnya itu.

 “That mix of fighters—British Hawks, Russian Su-30s and American F-18s—is strange, to say the least. Most air forces try to minimize the number of different fighter types in service in order to keep down maintenance and training costs.”

TUDM
Pesawat-pesawat TUDM mengadakan latihan PASSEX dengan pesawat B-52 Stratofortress Tentera Udara Amerika Syarikat Pasifik (US PACAF) tahun lepas. Gambar kredit TUDM

 

Menurut penulis majalah “Forbes” itu lagi, negara-negara berkecuali seperti Malaysia kadangkala cuba untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan pelbagai negara seperti Amerika Syarikat dan Russia dengan membahagi-bahagikan perolehan pesawat pejuang mereka.

Beliau juga berkata, TUDM pada ketika ini berhadapan dengan masalah kekurangan pesawat pejuang yang moden dan berprestasi tinggi.

Malaysia katanya hanya memiliki 18 buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, lapan buah pesawat F/A-18D Hornet dan 13 buah pesawat Hawk 108 dan 208 yang tambahnya adalah “sudah usang dan tidak berkemampuan.” (old and tired).

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (pix credit to owner)

 

“Terlalu sedikit pesawat pejuang dan terlalu banyak jenis. Ia adalah masalah berganda di mana Kuala Lumpur sedang cuba untuk mengatasinya. Pemandangan tiga jenis pesawat berlainan, kesemuanya daripada sebuah tentera udara yang kecil, berkumpul di sisi pesawat pengebom Amerika Syarikat, ia adalah permandangan yang jarang-jarang berlaku,” kata David.

 “Too few fighters of too many types. It’s a twofold problem that Kuala Lumpur is trying to fix. And when it does, the sight of three different fighter types, all from one small air force, forming up on an American bomber … could become much rarer.”

Beliau berkata, Malaysia bukanlah sebuah sekutu rapat kepada Amerika Syarikat tetapi Kuala Lumpur dan Washington mempunyai masalah yang sama iaitu China yang mendakwa sebahagian besar daripada Laut China Selatan adalah miliknya.

TUDM
Pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM (gambar kredit Bernama)

 

Pada 31 Mei tahun lepas ketika seluruh negara sedang bergelut dengan masalah pandemik COVID-19, sebanyak 16 buah pesawat tentera China telah menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan dengan terbang di ruang udara Beting Patinggi Ali sebelum berpatah-balik.

Sebagaimana yang kita ketahui, China mendakwa perairan sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) yang kaya dengan minyak dan gas asli sebagai miliknya dibawah peta “Nine Dash Line” yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Walaupun tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, ia tidak menghalang China untuk meletakkan kapal-kapal pengawal pantainya hampir sepanjang tahun di perairan berhampiran Beting Patinggi Ali itu.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM di Zon Maritim Malaysia pada akhir Mei lepas.(kredit TUDM)

 

Penerbangan 16 pesawat tentera China pada 31 Mei itu adalah salah satu daripada “ancaman keselamatan” paling serius dihadapi Malaysia kebelakangan ini dan ia telah memeranjatkan TUDM dan kerajaan.

Menurut penulis majalah “Forbes” itu lagi, pesawat-pesawat pejuang paling berkemampuan TUDM seperti Sukhoi dan Hornet diletakkan di pangkalan-pangkalan udaranya di Semenanjung Malaysia manakala hanya pesawat pejuang ringan dan subsonic, Hawk diletakkan di Malaysia Timur iaitu Pangkalan TUDM Labuan.

Walaupun pesawat Hawk berjaya memintas dan “shadow” pesawat-pesawat China yang terdiri daripada pesawat pengangkut Y-20 dan Ilyushin IL-76, tetapi David mengatakan TUDM “mungkin tidak bernasib baik” selepas ini, sekiranya Beijing menghantar pesawat-pesawat yang lebih berkemampuan dan supersonik.

TUDM
Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei tahun lepas. (kredit TUDM)

 

China sudah mula menempatkan pesawat termodennya iaitu J-20 “Mighty Dragon” di pangkalan udara di selatan China, berkemungkinan sebagai persediaan untuk tugas seterusnya iaitu mengawal Laut China Selatan.

“Pesawat-pesawat Hawk TUDM mungkin tidak mampu mengejar mereka,” kata David lagi.

 “Insiden (pencerobohan pesawat China) itu menunjukkan bahawa Malaysia amat memerlukan pesawat-pesawat pejuang moden dan berkemampuan. Secara amnya, peralatan tentera udara kita (TUDM) adalah ketinggalan,” kata felo dengan Singapore Institute of International Affairs, Oh Ei Sun kepada Voice of America.

Hawk
Pesawat Hawk 108milik TUDM.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kata David lagi, Malaysia telah membuka tender untuk mendapatkan 36 buah pesawat pejuang FLIT/LCA (diperolehi dalam dua peringkat) di mana pesaing-pesaingnya adalah terdiri daripada pesawat-pesawat yang supersonik.

Menurut David lagi, apabila pesawat pengebom B-52 Amerika Syarikat mengunjungi Malaysia selepas ini, ia mungkin tidak akan lagi disambut dengan kombinasi pesawat pejuang yang “menarik” sebagaimana yang berlaku pada 24 Sept lepas,  tetapi mungkin akan lebih berkemampuan. — DSA

TUDM
Pesawat F/A-18D Hornet TUDM .

 

 

Comments
Loading...