Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Kerah Kenderaan Satelit X-Band Ke Pantai Timur Sabah

Kenderaan X-Band ini mempunyai dua varian, iaitu Communication On The Move (COTM) dan Communication On The Pause (COTP), di mana kedua-duanya berfungsi sebagai Terminal Satelit X-Band yang berupaya menghantar video, data serta gambar secara semasa dari media pertempuran ke markas operasi.

0 8,846

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan mengerahkan aset-asetnya dan pasukan-pasukan komando ke Pantai Timur Sabah tetapi ia juga bertindak meningkatkan kemampuan komunikasi anggotanya yang bertugas di negeri yang bersempadan dengan selatan Filipina yang sentiasa bergolak itu.

Terbaru, ATM mengerahkan kenderaan Communication On The Move (COTM) yang menggunakan sistem komunikasi satelit X-Band di pantai timur Sabah.

“Kenderaan ini juga terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan dengan sistem yang canggih serta berupaya menghubungkan komunikasi satelit sepanjang perjalanan ketika bergerak.

“Antena yang dipasang pada bumbung kenderaan ini mampu untuk menyediakan kemudahan penghantaran data, video conferencing, tel ip phone dan paparan radar melalui sistem kripto terselamat,” menurut kenyataan akaun FB MyJointForce (Markas Angkatan Bersama) hari ini.

Kenderaan X-Band ini mempunyai dua varian, iaitu COTM dan Communication On The Pause (COTP), di mana kedua-duanya berfungsi sebagai Terminal Satelit X-Band.

X-Band
Kenderaan X-Band ATM.

 

Kedua-dua kenderaan X-Band ini berupaya menghantar video, data serta gambar secara semasa dari media pertempuran ke markas operasi.

Kejayaan perolehan aset ini adalah sebahagian dari pemodenan sistem komunikasi yang akan digunakan oleh Angkatan Tentera Bersama (ATB) untuk mempertingkatkan kesiagaan dalam menjaga kedaulatan Pantai Timur Sabah.

Ianya turut membantu ATB mempertingkatkan keupayaan operasi serta mengoptimumkan kelebihan dalam force multiplier effect kuasa tempur ATM.

X-Band
(MyJointForce)

 

“Secara tidak langsung juga, asset ini mampu memberikan ‘secure communication’ untuk operasi tentera dalam pengawasan ancaman keselamatan negara seperti pencerobohan sempadan atau aktiviti penyeludupan,” menurutnya.

ATB menurut kenyataan dalam media sosial itu, sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan operasi yang tertinggi dan sentiasa komited terhadap memperkasakan kawalan keselamatan dan kedaulatan negara.

“ATB telah membuktikan bahawa pasukan keselamatan adalah sebuah organisasi yang kredibel peranannya dalam menghindar sebarang ancaman tradisional serta ancaman non-tradisional dan sentiasa memastikan berkeupayaanya dalam melindungi serta mempertahankan kepentingan persempadanan dan maritim negara pada sebilang masa khasnya di Pantai Timur Sabah ini.”

X-Band
(MyJointForce)

 

Pada 2015, ATM mencatat sejarah apabila Pusat Komunikasi Satelit ATM di Kem Paya Jaras, Selangor telah dirasmikan.

Pengoperasian Pusat Komunikasi Satelit ATM itu penting kerana PKS ATM kerana ATM buat julung kalinya mengoperasikan sistem komunikasi satelit X-Band dibawah kawalan selia mereka sendiri dan satelit Measat -3b yang membawa komunikasi satelit X-Band adalah yang pertama dimiliki oleh sebuah negara di Asia Tenggara.

Ketika merasmikan Pusat Komunikasi Satelit ATM itu, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada ketika itu berkata, Pusat Komunikasi Satelit itu bertujuan memantau dan mengawal jalur lebar komunikasi serta parameter transponder dan terminal ATM.

X-Band

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

“Pusat Komunikasi Satelit itu membantu melancarkan perjalanan operasi menggunakan transponder X-Band yang berupaya menerima dan menghantar imej atau video dengan lebih berkesan.

“Perolehan aset komunikasi satelit berkenaan sekali gus membantu mempertingkatkan keupayaan jalur lebar ATM yang lebih canggih dan bertaraf dunia dengan kos penggunaannya yang diminimumkan,” kata beliau. — DSA

 

Comments
Loading...