Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pencerobohan 16 Pesawat Pengangkut China Suatu “Rehearsal” Misi Oleh Anggota Airborne?

Itu yang disimpulkan oleh penganalisis tentera daripada penerbangan 16 pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

0 3,761

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Enam belas pesawat pengangkut tentera China yang menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM) semalam berkemampuan membawa sehingga satu battalion anggota payung terjun tentera negara itu bersama-sama kelengkapan mereka ke mana-mana lokasi di Laut China Selatan.

Itu yang disimpulkan oleh penganalisis tentera daripada penerbangan 16 pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

“Kesemua 16 buah pesawat pengangkut (jangkaan kesemuanya adalah daripada jenis IL-76 dan Y-20. Ia cukup untuk mengangkut satu battalion anggota para, satu kompeni meriam dan lain-lain kelengkapan tambahan yang lain,” menurut penganalisis tentera.

Ia sudah cukup untuk tentera China melakukan misi airborne untuk menakluk mana-mana lokasi di Laut China Selatan sementara ia menunggu ketibaan ketumbukan besar anggota dan aset tentera negara itu tiba yang bakal tiba menerusi jalan lain.

Pada ketika ini tiada maklumat sama ada 16 buah pesawat pengangkut China itu membawa anggota tentera para (airborne) atau tidak ketika ia menceroboh Malaysia semalam.

TUDM

Adakah pesawat-pesawat pengangkut tentera China itu sedang melakukan “rehearsal” untuk operasi pendaratan pasukan payung terjunnnya ke mana-mana lokasi yang disasarkannya di Laut China Selatan?

Adakah mana-mana pulau/terumbu karang di Malaysia ini menjadi sasaran?

Sementara itu, terdapat juga persoalan dari mana 16 buah pesawat tentera China itu berlepas?

Terdapat kemungkinan ia berlepas – sama ada daripada Michief Reef, Fiery Cross Reef dan Subi Reef yang merupakan “pulau-pulau buatan China” di Kepulauan Spratly yang dibangunkan China untuk menjadi pangkalan tenteranya yang penting di Laut China Selatan.

Sejak beberapa tahun lepas, China telah melakukan penambakan besar-besaran terhadap beberapa terumbu karang di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel serta menjadikannya pulau-pulau buatan manusia yang lengkap dengan kemudahan tentera.

Y-20
Pesawat pengangkut Xian Y-20

 

Antara kemudahan tentera yang terdapat di pulau-pulau buatan manusia itu termasuklah landasan-landasan kapal terbang, hangar, pusat-pusat komunikasi dan elektronik serta sistem-sistem pelancar peluru berpandu.

Setakat ini masih tiada maklumat daripada pihak TUDM tentang lokasi dari mana pesawat-pesawat China itu berlepas.

Bagaimanapun, pencerobohan 16 buah pesawat tentera China ke dalam Zon Maritim Malaysia (ZMM) adalah satu tindakan provokasi yang amat serius, dilakukan oleh sebuah negara yang dianggap sahabat.

China
Pesawat pengangkut Ilyushin IL-76

 

Malaysia dan China establish hubungan diplomatik 46 tahun yang lepas.

Kuala Lumpur adalah antara negara yang paling “friendly” dengan Beijing kerana paling awal di ASEAN menjalin hubungan diplomatic dengan negara Tembok Besar itu, tetapi walaupun begitu, ia tidak terkecuali daripada tindakan provokasi membabi-buta oleh China itu.

Kena reset dasar hubungan luar kita dengan China.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...