Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pengangkut Penceroboh China Ancam Keselamatan Malaysia Dipanggil “Chubby Girl”

Namun apa yang menarik adalah, pesawat pengangkut Xian Y-20 ini digelar “Chubby Girl” kerana rekabentuk badannya yang agak “berisi.”

0 1,570

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 31 Mei lepas, China telah menghantar 16 buah pesawat tenteranya untuk menceroboh Zon Maritim Malaysia (ZMM), suatu tindakan yang disifatkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai mengancam keselamatan negara.

Pencerobohan 16 buah pesawat tentera China ke ZMN itu dilakukan oleh dua jenis pesawat pengangkut iaitu Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20.

Pesawat-pesawat penceroboh China itu sempat melalui ruang udara Beting Patinggi Ali (BPA) atau “Luconia Shoals” yang dianggap oleh Beijing sebagai tanah miliknya yang paling selatan (southernmost territory), walaupun ia terletak ribuan kilometer daripada tanah besar China berbanding hanya lebih 100km daripada pantai Sarawak.

Pesawat-pesawat pengangkut ini tujuannya adalah untuk membantu operasi tentera seperti mengangkut anggota tentera dan peralatan ke mana sahaja yang diperlukan sama ada untuk misi strategic atau taktikal.

Kedua-dua pesawat pengangkut yang digunakan oleh China untuk mencabar kedaulatan Malaysia adalah bersaiz besar, seperti Xian Y-20 yang panjangnya 47 meter, 15 meter tinggi dengan 50 meter panjang sayapnya.

Y-20
Pesawat pengangkut Xian Y-20 China digelar “Chubby Girl” kerana rekanbentuk badan pesawat yang “berisi.”

 

Namun apa yang menarik adalah, pesawat pengangkut Xian Y-20 ini digelar “Chubby Girl” kerana rekabentuk badannya yang agak “berisi.”

Oleh kerana badannya yang agak “berisi” itu, maka tidak hairanlah ia merupakan pesawat terbesar yang dimiliki oleh China.

Pada ketika ini, tidak ada maklumat berapa banyak pesawat pengangkut ini dibina untuk tentera China, walaupun penganalisis menganggarkan sebanyak 20 buah Xian Y-20 telah dibina sehingga hari ini.

Walaupun digelar “Chubby Girl,” tetapi Xian Y-20 bukan “ budak perempuan berisi” yang calang-calang kerana ia berkemampuan mengangkut sebanyak 66 tan barangan/kargo dan terbang sejauh 8,000km.

Admin tiada maklumat berapa ramai anggota tentera payung terjun yang mampu dibawa olehnya, tetapi jangkaan adalah lebih daripada 100 orang bagi “Chubby Girl.”

Setakat ini, tiada maklumat diberikan sama ada oleh Malaysia atau China tentang daripada 16 buah pesawat tentera China datang. Adakah ia berlepas daripada pangkalan udara di selatan China atau daripada pulau-pulau buatan manusia haram negara itu di Laut China Selatan.

Bagaimanapun menurut pemerhati, imej satelit pernah menunjukkan pesawat pengangkut yang digelar oleh “Chubby Girl” itu berada di salah sebuah pulau buatan manusia China di Kepulauan Spratly, Laut China Selatan iaitu Fiery Cross Reef pada 25 Disember tahun lepas.

Dan, Fiery Cross Reef itu hanya terletak lebih daripada 500km daripada pantai Sabah.

Fiery Cross
Gambar satelit menunjukkan pesawat pengangkut Y-20 China mendarat di Fiery Cross Reef. Pesawat Y-20 adalah pesawat yang sama menceroboh ruang udara Malaysia pada 31 Mei lepas.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...