Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Precision Guided Bombs (PGB), Untuk Tentera Yang Pentingkan Ketepatan

Kajian yang dilakukan oleh syarikat market research antarabangsa mengatakan pasaran untuk PGB dijangka meningkat kepada US$41 bilion (RM164 bilion) pada tahun 2026 berbanding US$32.8 bilion (RM131 bilion) pada tahun lepas.

0 1,191

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Perang Teluk yang pertama, hanya sembilan peratus daripada senjata-senjata yang dilancarkan oleh tentera Amerika dan sekutunya melibatkan Precision Guided Bombs (PGB) tetapi ia mengakibatkan 75 peratus daripada keseluruhan serangan yang dianggap berkesan.

Menurut kajian yang dilakukan sebelum ini, penggunaan PGB telah meningkatkan kemungkinan sasaran itu dimusnahkan dengan jayanya sehingga 35 peratus berbanding jika mereka menggunakan “bom-bom bodoh” (dumb bombs)

Sebab itulah, angkatan-angkatan tentera seluruh dunia berlumba-lumba memperolehi PGB untuk tentera mereka, manakala bagi syarikat-syarikat pembuat PGB pula mereka semakin giat menghasilkannya untuk pasaran yang semakin berkembang.

Kajian yang dilakukan oleh syarikat market research antarabangsa mengatakan pasaran untuk PGB dijangka meningkat kepada US$41 bilion (RM164 bilion) pada tahun 2026 berbanding US$32.8 bilion (RM131 bilion) pada tahun lepas.

PGB adalah sistem persenjataan yang penting dalam dunia ketenteraan pada masa ini, PGB adalah sesuatu yang perlu jika sesuatu angkatan tentera itu mahu memenangi peperangan atau konflik.

PGB
Pesawat Omnirole Rafale buatan Dassault Aviation mampu membawa pelbagai jenis senjata moden.

 

Berikutan adalah antara PGB yang berada di pasaran pada masa kini:

  1. GBU-27 Paveway 111

Ia adalah Guided Bomb Unit yang dipandu oleh panduan laser ke sasarannya termasuk untuk memusnahkan kubu-kubu yang diperkuat (hardened bunker). Ia adalah bom “Bunker Buster” dan telah digunakan oleh pesawat-pesawat halimunan F-117 Nighthawk untuk mengebom kubu-kubu tetera Iraq pada Perang Teluk yang pertama pada 1991 termasuk kubu perlindungan Amiriyah yang mengorbankan 400 nyawa orang awam.

Juruterbang Nighthawk yang membawa bom ini menggelarnya “Hammer” (tukul besi). Berat keseluruhan bom GBU-27 ini dengan dengan bahan peledak adalah kira-kira 1,000kg dan jarak effektifnya adalah sejauh 20km.

Pelanggan eksportnya yang pertama adalah Tentera Israel.

PGB
GBU-27

 

  1. GBU-28

Ia adalah bom yang hampir sama dengan GBU-27 yang memiliki kemampuan untuk memusnahkan kubu-kubu pertahanan musuh yang diperkuatkan. Ia adalah bom “bunker buster” yang juga telah digunakan buat pertama kalinya pada Perang Teluk yang pertama.

GBU dengan berat  keseluruhan 2,000kg  dibangunkan dalam tiga minggu pertama selepas meletuskan Perang Teluk yang pertama dan diguna untuk memusnahkan pusat kawalan dan pemerintah tentera Iraq yang terletak jauh di bawah tanah.

Hanya sebuah bom GBU-28 digugurkan oleh pesawat halimunan F-111 pada Perang Teluk itu.Jarak effektiknya adalah 10km.

Penetration depth adalah enam meter untuk konkrit dan 30 meter bawah tanah.

PGB
GBU-28

 

 

  1. KAB-500-S-E

Bom PGB ini dihasilkan untuk tentera udara Russia dan juga merupakan precision guided bom yang pertama untuk tentera udara negara itu. Ia menggunakan GLONASS GPS dan dikatakan adalah seangkatan dengan Joint Direct Attack Munition (JDAM) yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat.

Ia dikatakan pertama kali digunakan ketika campurtangan Russia pada Perang Saudara di Syria.

Berat keseluruhan bom KAB-500-S-E yang dibangunkan oleh entiti Russia bernama “FSUE Region” adalah kira-kira 560kg dengan jarak effektif-nya adalah sejauh 40km. Pesawat-pesawat yang menggunakan bom ini diketahui adalah Su-24, Su-34 dan Su-35.

Circular Error Probable (CEP) adalah di antara 7 meter hingga 12 meter.

PGB
KAB-500-S-E

 

 

  1. Paveway IV

Ia adalah bom yang menggunakan panduan GPS/INS serta laser yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon UK. Sama seperti bom siri Paveway yang lain, ia adalah guidance kita yang dipasang kepada “bom bodoh” Mk-82 bagi menjadikan ia sebutir yang “pandai” dalam mencari sasarannya.

Memiliki berat 230kg, bom-bom Paveway IV telah digunakan dalam banyak konflik pada masa ini di kawasan Timur Tengah dan lain-lain kawasan konflik.

Dengan jarak effektif 19km, bom Paveway IV ini boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam dalam apa jua keadaan cuaca.

PGB
Paveway IV

 

  1. GBU-29 Small Diameter Bomb

Ia adalah bom-bom kecil yang memiliki berat 110kg bagi membolehkan pesawat-pesawat pejuang membawa lebih banyak bom seumpama di dalam satu-satu misi.

Panduan bagi Small Diameter Bomb ini adalah radar, infra-red dan semi-aktifl laser guidance bagi memastikan ia mengenai sasaran dengan tepat tanpa menyebabkan sebarang collateral damage kepada kawasan sekeliling.

Ia dibangunkan oleh syarikat Raytheon dan telah digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang Amerika dan sekutunya dalam pelbagai konflik terkini.

PGB
Small Diameter Bomb

 

(BERSAMBUNG PART 2)

 

Klik Untuk Download dan Install Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.defencesecurityasia.dsanews

Google Play

Comments
Loading...