Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Mahu Wujudkan Pengkalan Tentera Di Asia Tenggara. Ada Yang Berminat Ke?

Pengkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara itu sekiranya berjaya direalisasikan oleh Washington akan menjadi seperti pengkalan-pengkalan tentera negara itu di Guam dan Jepun. Persoalannya, negara Asia Tenggara manakah yang berminat untuk merealisasikan hasrat Washington ini?

0 4,010

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam menangani sikap agresif tentera China terutamanya di Laut China Selatan, pihak tentera Amerika Syarikat kini dikatakan “amat berminat” untuk mewujudkan pengkalan tentera di negara-negara Asia Tenggara bagi menempatkan anggota tentera dan senjata.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha tentera daratnya Christine Wormouth yang berkata bahawa isu mengenai pengkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara sememangnya amat kritikal bagi Jabatan Negara dan Jabatan Pertahanan negara itu.

Isu itu adalah amat penting bagi perancangan tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik.

Persoalannya sekarang, negara Asia Tenggara manakah yang berminat untuk menawarkan tempat kepada Amerika Syarikat untuk menempatkan pengkalan tenteranya selain Filipina yang sememangnya telah menyediakan Subic Bay kepada tentera Uncle Sam itu.

Singapura atau Thailand? Adakah kedua-dua negara yang diketahui rapat dengan Washington itu akan menawarkan tempatan untuk tentera Amerika mewujudkan pengkalan tentera.

pengkalan

Bagaimana pula dengan kedudukan kita, walaupun sebagai sebuah negara berkecuali sudah semestinya kita akan menolak sebarang cadangan untuk menempatkan pengkalan tentera Amerika Syarikat di Malaysia.

Bagaimana jika China semakin agresif di Laut China Selatan sehingga mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia, adakah kita masih terus-menerus berpegang kepada dasar berkecuali itu?

Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat itu juga berkata, akses tentera Amerika Syarikat terhadap pengkalan tentera di Indo-Pasifik dan Asia Tenggara akan membantu pihak tentera negara itu untuk menempatkan lebih banyak tenteranya dan senjata-senjata.

“Terdapat kehendak bagi kami untuk meluaskan akses untuk tentera kami dan pengkalan tentera di Asia Tenggara kerana jika kami berjaya melakukannya, ia akan memberikan kami kedudukan dan flexibility,” kata Wormouth dalam ucapannya pada satu majlis anjuran Centre for Strategic and International Studies (CSIS) di Washington baru-baru ini.

Carl Vinson
USS Carl Vinson

Beliau berkata China merupakan ancaman utama bagi tentera Amerika Syarikat di Indo-Pasifik pada ketika ini.

Beijing menurutnya membangunkan kemampuan tenteranya dengan pantas untuk berhadapan dengan kemungkinan meletusnya konflik di Taiwan serta di Laut China Selatan yang sebahagian besar di dakwa oleh negara itu sebagai miliknya.

“Pada ketika ini, China memiliki kira-kira 2 juta anggota tentera dengan 970,000 didalam unit-unit kombat. Ia juga mempunyai kapal-kapal perang paling banyak di dunia dan di Indo-Pasifik tentera udaranya adalah yang paling besar di rantau itu,”katanya.

Pengkalan

Beijing kini memiliki  kemampuan untuk melumpuhkan kemampuan satelit dan komunikasi Amerika Syarikat di angkasa lepas, selain peluru-peluru berpandu yang boleh menenggelamkan kapal-kapal perang Amerika Syarikat, katanya.

Ia juga mempunyai peluru berpandu yang boleh membedil pengkalan Amerika Syarikat di Jepun dan Guam serta memusnahkan landasan-landasan kapal terbangnya.

Jadi negara Asia Tenggara manakah yang bersedia menawarkan pengkalan untuk tentera Amerika Syarikat (selain Filipina) bagi menempatkan anggota tenteranya serta senjata-senjata yang kemungkinan akan digunakan untuk menyerang China?

TUDM
Sebuah pesawat Hawk208 mengiringi pesawat pengebom B-52 ketika latihan antara TUDM dengan US PACAF (kredit US PACAF)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...