Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PULADA Adakan Demonstrasi Kuasa Tembakan 2021

1,721

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) telah mengadakan Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) Tahun 2021 di Lapang Sasar Tembak Tempur Tim pada 25 Feb 2021.

Demonstrasi diadakan untuk memberi pendedahan kepada Penuntut Kursus di PULADA berkenaan jenis senjata bantuan yang terdapat di peringkat Seksyen hingga Batalion serta memperlihatkan cara aturgerak senjata bantuan dan impak kuasa tembakan terhadap sasaran.

Kuasa Tembak

Terdapat dua sesi demonstrasi yang dilaksanakan iaitu sesi petang dan sesi menembak malam dimana DKT sesi petang dimulakan dengan pengenalan kepada senjata yang digunakan oleh Tim Sniper seterusnya Senjata Bantuan Seksyen dan demonstrasi tembakan Senjata Bantuan Seksyen.

Fasa kedua pula pengenalan kepada senjata bantuan kompeni dan DKT senjata bantuan kompeni. Seterusnya, fasa ketiga adalah memperkenalkan aset senjata bantuan Batalion dan DKT aset senjata bantuan Batalion. Fasa kemuncak bagi DKT sesi petang adalah simulasi serangan kompeni dengan bantuan aset Batalion.

Kuasa Tembak

Sesi menembak malam pula memperlihatkan penggunaan senjata MGKA 7.62 mm dan Mortar 60 mm Esperanza dibantu dengan pencahayaan dari trip flare, para flare dan ground flare.

Turut hadir Ketua Jurulatih PULADA, KCBL MK PLDTD, Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan PULADA serta pegawai dan Jurulatih PULADA. — Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD

Kuasa Tembak
Gambar ehsan BTDM
Kuasa Tembak
Gambar ehsan BTDM
Kuasa Tembak
Gambar ehsan BTDM
Kuasa Tembak
Gambar ehsan BTDM
Kuasa Tembak
Gambar ehsan BTDM

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.