DEFENCE SECURITY ASIA) – Isu Laut China Selatan menjadi topik perbincangan ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertemu dengan Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo di Jakarta hari ini.
Menurut Muhyiddin, isu tuntutan maritim Laut China Selatan dan kaedah penyelesaiannya perlu dibuat secara aman berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).
“Semua pihak perlu mengelak mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif serta mengelak tindakan berkaitan ketenteraan,” kata Perdana Menteri.
Masalahnya, China dengar ke dengan apa yang kita cakap kat Jakarta tu, apatah lagi Beijing menghantar pelbagai jenis kapal pengawal pantainya jauh ke dalam perairan kita untuk menuntut perairan yang didakwa sebagai hak mereka. Ada di antara kapal pengawal pantai China yang menceroboh perairan kita itu seberat 12,000 tan dan kapal-kapal itu berada di dalam perairan kita sehingga berbulan-bulan lamanya tanpa kita boleh berbuat apa-apa pun.
Setiapkali kapal China menceroboh, kita pun bergegas hantar nota diplomatik tetapi tuan-tuan dan puan-puan lihat ada apa-apa perubahan daripada segi dasar China ke? Dia berhenti hantar kapal dia ke perairan kita ke?
Dibawah peta Nine Dash Line, China mendakwa perairan dan Beting Patinggi Ali dan lain-lain beting di perairan berhampiran itu sebagai laut paling selatannya dan semua hasil mahsulnya adalah hak milik Republik Rakyat China, sama ada sumber perikanan, minyak atau gas.
Media-media tempatan dan antarabangsa dah “berbuih mulut” melaporkan tentang pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China di perairan kita sejak beberapa tahun lepas.
Setiap kali ditanya tentang Laut China Selatan, pemimpin-pemimpin kita dah macam ada template dalam jawapan mereka, “penyelesaian secara aman berdasarkan pada undang-undang antarabangsa”.
Itu nasib baik pemimpin terbabit (tak mahu sebut nama tapi semua tahu la) jawab apabila ditanya media tentang pencerobohan kapal-kapal China, kerana selalunya dia buat bodoh je, buat senyap je seolah-olah tiada apa-apa pencerobohan berlaku.
Percerobohan China di perairan kita pada ketika ini sudah menjadi perkara rutin, sesuatu yang “diterima” oleh kita sebagai norma baharu kot..Parah betul kita ni…
Admin mintak Wisma Putra ni tukar la strategi when dealing dengan China berkenaan isu Laut China Selatan ini.
Cara sekarang ni dah tak jalan, China dia buat pekak je. Kapal-kapal dia tetap bertenggek selama berbulan-bulan di dalam perairan kita.
Tak akanlah kita nak maintain strategi yang sama, walaupun kita tahu ia sudah tidak berkesan dalam menangani percerobohan kapal-kapal China itu.
Fikirlah strategi lain.
Admin bukan promote supaya kita berperang ke apa – cuma a change of strategy. Mintak pakar-pakar di Wisma Putra fikirkan strategi baru la kerana strategi masa kini dalam “containing China’s expansionist policy” di Laut China Selatan sudah terbukti gagal.
Sudah KAPUT dan korang masih nak maintain “an utterly failed policy.”
Comments are closed.