Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Turki Pamer Keberkesanan Peluru Berpandu Anti-Kapal “ATMACA”

0 281

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal korvet tentera laut Turki, “TCG Kinaliada” telah melancarkan peluru berpandu kapal-ke-kapal buatan tempatan “ATMACA” (Hawk)  ke sasaran, dalam ujikaji terkini terhadap peluru berpandu yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN.

Peluru berpandu “ATMACA” yang dilancarkan oleh korvet itu telah mengenai sasaran yang terletak lebih daripada 200km jauhnya.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Kapal korvet “Kinaliada” merupakan sebuah kapal korvet yang dibangunkan oleh industri pertahanan tempatan di bawah program MILGEM, iaitu pembinaan kapal perang tempatan.

“ATMACA” telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019. Peluru berpandu anti-kapal ini memiliki kelajuan subsonic, sea-skimming dan boleh membedil sasaran sejauh kira-kira 220km. Peluru berpandu dilengkapi dengan peledak seberat 250 kilogram fragmentation warhead.

ATMACA
Peluru berpandu “ATMACA” dibangunkan oleh syarikat tempatan Turki ROKETSAN.

Syarikat yang membangunkannya mendakwa peluru berpandu ini “kebal” daripada segala countermeasures dan boleh membedil sasaran di dalam apa juga keadaan cuaca.

Ia adalah effektif terhadap sasaran di laut lepas dan kawasan pesisir pantai.

Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” ini dijangka akan melengkapi kesemua kapal-kapal perang tentera laut Turki termasuk kapal Korvet kelas-Ada “TCG Kinaliada” seberat 2,300 tan serta friget kelas-Istanbul yang bakal siap tidak lama lagi dan lain-lain.

Sementara itu ROKETSAN adalah syarikat pertahanan Turki yang menghasilkan pelbagai jenis persenjataan termasuk roket dan peluru berpandu untuk angkatan tentera negara itu serta pelanggan-pelanggan luar negaranya.

Kinaliada
Kapal korvet “Kinaliada.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...