Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Pintas Bot Bawa 31 Etnik Rohingya Larikan Diri Dari Kem Di Aceh

0 518

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak polis mendedahkan bahawa ia telah berjaya memintas sebuah bot membawa 31 orang etnik Rohingya di pantai barat, negara ini pada 6 Januari lepas, selepas mereka melarikan diri daripada sebuah kem pelarian di Aceh, Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar kepada agensi berita antarabangsa, AFP.

Rohingya
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar

“Ia membawa 36 orang iaitu 31 etnik Rohingya dan lima rakyat Indonesia dan bot mereka dipintas ketika mendarat di pantai barat pada 6 Januari lepas.”

“Mereka memasuki Malaysia dengan bot dari Tanjung Balai (di Sumatera) dan mendarat di pantai di sini,” katanya dan menambah etnik Rohingya itu terdiri daripada 17 wanita, tujuh lelaki, lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan. Kesemua telah ditahan, dengan 21 didakwa kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah.

Rohingya

Beliau berkata, dua lagi didakwa dibawah undang-undang anti pemerdagangan manusia.

Menurut Abdul Rahim, penahanan 31 etnik Rohingya itu di pantai barat bulan lepas adalah selari dengan laporan media yang mengatakan ratusan etnik Rohingya telah melarikan diri daripada sebuah kem di Aceh, dipercayai untuk pergi Malaysia.

Laporan media mengatakan etnik Rohingya terbabit tidak mahu tinggal di kem pelarian di Aceh kerana destinasi utama mereka adalah Malaysia dimana anggota keluarga mereka tinggal.

Etnik Rohingya itu dipercayai telah diseludup keluar daripada kem pelarian Indonesia untuk dibawa ke Malaysia oleh sindiket-sindiket pemerdagangan manusia.

Dianggarkan terdapat kira-kira 150,000 etnik Rohingya berada di Malaysia ketika ini.

Apapun tahniah kepada PDRM.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...