Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Misi Berpanjangan Di Laut China Selatan Sebabkan Krew Kapal Selam China “Sakit Mental”

674

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu kajian dilakukan oleh penyelidik China menunjukkan satu di antara lima krew kapal selam China yang terlibat dalam operasi rondaan di Laut China Selatan dikesan mengalami masalah sakit mental.

“Kajian ini menunjukkan untuk pertama kali bahawa krew dan pegawai kapal selam di Laut China Selatan terdedah kepada risiko penyakit mental dan mengalami masalah psikologi yang amat teruk,” menurut rumusan yang dilakukan oleh penyelidik China itu.

China

Rumusan daripada kajian itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Ketenteraan (Journal of Military Medicine) pada 7 Januari lepas, manakala penyelidikan dilakukan oleh Institute of Military Health Management at Naval Medical University in Shanghai, China.

“Satu kumpulan tentera yang berhadapan dengan risiko menghadapi masalah mental adalah mereka yang bertugas di dalam kapal selam terutamanya di Laut China Selatan. Bukan sahaja Laut China Selatan itu terletak di kawasan tropika dengan cuaca panas dan humidity yang tinggi tetapi kedudukan geografinya juga penting daripada segi politik dengan negara-negara seperti Vietnam, Filipina dan negara-negara lain meningkatkan lagi tuntutan maritim mereka.”

China

“Bertitik-tolak daripada hubungan yang tegang dengan negara-negara ini,  China juga telah meningkatkan rondaan bagi memperkuatkan kawalan di Laut China Selatan,” menurut laporan penyelidikan itu.

Rupa-rupanya krew kapal-kapal selam China “stress” kerana mereka terpaksa tinggal dalam ruangan yang sempit dalam kapal selam untuk suatu tempoh yang lama dan ini telah menyebabkan mereka mengalami penyakit mental.

Kini kita pun tahu, bahawa China telah meningkatkan bilangan rondaan kapal-kapal selamnya serta tempohnya di dasar laut di Laut China Selatan, disebabkan pertikaian berpanjangan tentang hak pemilikan perairan terbabit.

Dan tindakan China meningkatkan rondaan/operasi kapal-kapal selamnya di Laut China Selatan itu telah menyebabkan krew kapal selamnya “sakit mental”.

Antara sakit-sakit mental itu adalah “obsessive-compulsive behavior, anxiety, phobic anxiety and somatization, which is when a mental state, such as depression, manifests itself in physical symptoms.”

Penyelidikan oleh pakar-pakar perubatan ketenteraan China adalah berdasarkan kepada soalselidik terhadap 511 krew kapal selama China yang terlibat dalam operasi di Laut China Selatan.

Ia juga mendapati krew kapal selama yang telah berkhidmat di antara enam hingga 10 tahun berhadapan dengan risiko rendah untuk mengalami masalah mental, yang membuktikan tugas yang dilakukan bukan sahaja menghendaki mereka berfizikal kuat tetapi juga berpengalaman luas.

Pengalaman yang luas adalah amat penting bagi krew-krew kapal selam.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.