Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Letupan Di Luar Bangunan Kedutaan Israel Di India

0 404

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu letupan kecil berlaku di luar bangunan kedutaan Israel di New Delhi, India kira-kira 5 petang (waktu tempatan), menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kenderaan mengalami kerosakan.

Kerajaan Israel menganggap kejadian letupan itu yang  berlaku pada ulangtahun ke-29 hubungan diplomatik Israel-India sebagai suatu serangan pengganas.

India
Anggota keselamatan India menyekat laluan ke bangunan kedutaan Israel di New Delhi.

Pihak berkuasa India telah menyekat semua laluan ke kedutaan Israel dan anjing pengesan dikerah untuk mengesan apa-apa bukti tentang bahan yang digunakan dalam letupan bom kecil itu.

“Satu letupan kecil berlaku kira-kira 5.05 petang di Jalan APJ Abdul Kalam berhampiran dengan Jindal House. Letupan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemusnahan terhadap apa-apa harta benda kecuali kepada kenderaan-kenderaan di jalan berkenaan,” kata jurucakap polis New Delhi ketika dihubungi oleh media tempatan.

India
Kawasan letupan di luar kedutaan Israel.

Letupan itu walaupun kecil dan tidak menyebabkan sebarang kemusnahan telah meningkatkan lagi kebimbangan dikalangan rakyat Israel bahawa mereka mungkin menjadi sasaran pengganas ketika ketegangan di antara negara mereka dengan Iran.

Kumpulan-kumpulan pengganas sering menjadikan diplomat Israel yang bertugas diluar negara sebagai sasaran, sebagaimana yang berlaku di Bangkok, Thailand beberapa tahun lepas.

Duta Israel ke India berkata, keseluruhan bangunan kedutaan serta kakitangannya itu telah diletakkan pada tahap berjaga-jaga paling tinggi berikutan kejadian letupan bom itu.

Kedua-dua Menteri Luar israel dan India telah berhubung tentang kejadian itu, serta pegawai-pegawai keselamatan kedua-dua negara.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...