(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan peluru-peluru pintar (precision guided munitions) bernilai US$290 bilion (RM1.12 trillion) kepada sekutu utama mereka di Timur Tengah iaitu Arab Saudi.
Keputusan yang diumumkan oleh Pentagon itu bertujuan memperkuatkan lagi kemampuan angkatan tentera Arab Saudi terutama pesawat pejuang utama tentera udaranya F-15 dalam membedil sasaran dengan lebih tepat tanpa menyebabkan collateral damage.
(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”)
Penjualan itu berlaku hanya kira-kira dua minggu sebelum Presiden Donald Trump menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Jo Biden, yang telah pun menyatakan hasratnya untuk mengurangkan penjualan senjata kepada Arab Saudi bagi memaksa Riyadh menghentikan serangan terhadap pemberontak di Yemen.
Menurut Pentagon, penjualan senjata-senjata pintar Amerika kepada Arab Saudi termasuk kira-kira 3,000 butir GBU-39 Small Diameter Bomb 1 (SDB) serta peralatan sokongan yang lain untuk kegunaan tentera udara negara Arab itu bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan pada masa ini serta akan datang.
Penjualan ini akan meningkatkan simpanan Arab Saudi terhadap senjata-senjata pintar, selain membekalkan kemampuan negara itu untuk membedil sasaran dengan tepat tanpa menyebabkan collateral damage.
Kontraktor utama bagi penjualan senjata-senjata pintar ini adalah syarikat Boeing Intergrated Defense System.
SDB 1 merupakan bom pintar yang memiliki berat kira-kira 110kg dan memberikan pesawat-pesawat pejuang kemampuan untuk membawa lebih banyak bom yang tepat.
Pesawat mampu membawa empat bom pintar GBU-39 SDB 1 panduan laser itu berbanding hanya satu bom seberat 907kg.
Kadar ketepatan bom SDB 1 adalah kira 5-8 meter.
Comments are closed.