Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Jalankan Kerja-Kerja Perisikan Dasar Laut di Perairan Indonesia

0 569

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 20 Disember lepas, seorang nelayan di Indonesia dikenali dengan nama “Saeruddin” telah menemui drone bawah permukaan air atau “underwater unmanned vehicle” (UUV) dipercayai milik China.

Penemuan UUV itu mungkin menjelaskan kemungkinan aktiviti yang sedang dijalankan oleh pihak China di kawasan bawah permukaan air Indonesia yang juga terletak di laluan perkapalan terpenting dunia.

UUV
UUV Sea Wing China

Ia menimbulkan kemusykilan di kalangan pemerhati ketenteraan tempatan dan antarabangsa bahawa China sedang menjalankan survey dasar laut secara senyap-senyap di laluan perkapalan antara Laut China Selatan dan Lautan Hindi, maklumat yang mungkin penting bagi memudahkan laluan kapal-kapal selam di antara kedua-dua perairan itu.

“Saeruddin” telah menyerahkan kenderaan UUV yang ditemuinya di Pulau Selayar, di selatan Sulawesi kepada pihak polis tempatan yang kemudiannya menyerahkannya kepada pihak tentera Indonesia. Panjang kenderaan UUV yang menyerupai sebuah torpedo memiliki panjang lebih 7 kaki dan mempunyai sensor serta antenna yang panjang di belakangnya.

uuv
Kedudukan Pulau Selayar di Indonesia…

Ini bukanlah kali pertama kenderaan UUV ditemui di perairan Indonesia.

Pada Januari lepas, sebuah Sea Wing UUV ditemui di Masalembu yang terletak kira-kira 400 batu di barat Pulau Selayar, manakala pada Mac tahun lepas, sebuah kenderaan bawah air yang sama ditemui di kepulauan Riau, berhampiran dengan Natuna.

uuv
 Kenderaan UUV China yang ditemui nelayan Indonesia di Masalembu.

Menurut pemerhati yang memiliki akaun Twitter @Jatosint, kenderaan UUV yang ditemui oleh “Saeruddin” menyerupai kenderaan UUV milik China dikenali dengan nama “Sea Wing UUV”, yang dibangunkan oleh Shenyang Institute of Automation.

Pihak China mendakwa Sea Wing UUV boleh berada di perairan selama 30 hari dan menyelam pada kedalaman sehingga empat batu di bawah permukaan air.

Ia menggunakan Sea Wing UUV untuk menjalankan pelbagai kajian seperti darjah kekuatan dana arah arus laut, suhu air laut, tahap oksigen dan salinity. Maklumat-maklumat itu bukan sahaja berguna untuk pihak awam terutamanya penyelidik oseanografi tetapi juga untuk angkatan kapal selam.

uuv

Kenderaan UUV itu juga mendapatkan maklumat-maklumat lain yang berguna untuk digunakan dalam penyediaan peta bawah laut (underwater maps) bagi krew kapal selam.

Pada Disember 2019, kapal penyelidik marin China Xiangyanghong 06 telah melancarkan 12 buah kenderaan UUV seperti Sea Wing ke dasar laut di Lautan Hindi.

uuv

 

Menurut pihak berkuasa China, kumpulan 12 buah dron dasar laut China itu mengembara sejauh 12,000 km secara keseluruhannya, menunjukkan minat mendalam negara itu untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting dasar laut sama ada untuk kegunaan awam atau ketenteraan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...