Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Terima Peluru Berpandu Anti Kereta Kebal “Spike MR” Buatan Israel

0 924

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Thailand telah mula menerima peluru berpandu anti kereta kebal jenis “Spike MR” serta sistem pelancarnya buatan syarikat pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems.

Thailand menandatangani perjanjian untuk memperolehi sistem peluru berpandu buatan Israel itu pada awal tahun ini.

spike

Perolehan peluru berpandu anti kereta kebal Spike MR (Medium Range) oleh tentera darat Thailand dilakukan selepas proses pemilihan di mana ia kini akan digunakan oleh anggota tentera daripada Divisyen Ke-6 Infantri Tentera Darat Thailand.

Peluru berpandu Spike MR adalah sistem elektro optikal fire and forget yang mampu membedil sasaran sehingga 2.5 km. Sebagaimana didakwa oleh syarikat pembuat senjata itu, peluru berpandu anti kereta kebal Spike adalah sistem yang popular dikalangan negara asing (negara yang mempunyai hubungan diplomatik Israel).

spike

Menurut syarikat Rafael, Spike kini digunakan oleh 35 buah negara termasuk 19 buah negara anggota NATO dan sejumlah 33,000 peluru berpandu telah pun terjual.

Sebanyak 6,000 peluru berpandu Spike telah dilancarkan terhadap sasaran dalam beberapa konflik.

Peluru berpandu Spike telah digunakan oleh beberapa negara Asia sejak 20 tahun dahulu, dengan antara penggunanya termasuklah Singapura dan Filipina.

Syarikat Rafael yakin pemilihan senjata itu oleh tentera darat Thailand akan mengukuhkan lagi kedudukan peluru berpandu Spike di rantau Asia.

spike

Pemilihan peluru berpandu Spike oleh tentera Thailand hanya mengesahkan lagi kebanjiran senjata-senjata buatan syarikat pertahanan Israel di Asia dan Asia Tenggara.

Memandangkan penjualan senjata Israel amat berkait-rapat dengan dasar hubungan luar negara itu, maka dapatlah disimpulkan bahawa Tel Aviv ini sedang dalam “diplomatic drive” untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara Asia Tenggara.

Bermula dengan Singapura pada 1969, kini hampir semua negara di Asia Tenggara mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...