Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lelaki Dakwa Diri Komander LTTE Ancam Serang Bukit Aman, MINDEF

823

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Akhbar Harian Metro melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) 2.0 akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menurut akhbar itu, individu terbabit yang menghantar ugutannya melalui emel kepada pihak media turut mendakwa akan menyerang Sri Lanka selepas serangan itu.

LTTE

Dalam mesej berkenaan, individu terbabit turut mendakwa akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Malah dia juga mendakwa pihak polis menghalang media untuk berhubung dengannya sehingga gagal menggunakan WhatsApp dan telefon bimbit termasuk komputernya turut disekat. Sementara itu, Abdul Hamid ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro mengambil maklum dakwaan individu terbabit.

Hamid Bador

“Kita masih mengesan individu yang mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 dan melakukan ugutan itu.

“Kita akan menyiasat namun saya yakin individu ini sudah pernah dikesan sebelum ini,” katanya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.